Sunday, November 21, 2010

my daddy says....

My late father was told me...hati kena kuat,jangan mudah terpedaya dengan hasutan dan adu domba dari macam-macam orang. Mula-mula aku tak paham,tapi lepas aku tanya kawan aku apa makna adu domba baru aku paham..hahahahhaa.
Beliau berkata begitu semasa aku mula-mula nak masuk kerja di Pustaka Union Alor Star pada tahun 1997.Beliau sangat garang dan sering mengawal pergaulan kami adik beradik. Jadi bila aku memberitahu untuk bekerja semasa menunggu keputusan SPM,beliau mula-mula tak benarkan,kemudian selepas dipujuk dan menketegaqkan diri,akhirnya beliau benarkan tapi dengan syarat beliau akan hantar pergi dan balik.Jadi,berhantarlah aku pergi dan balik kerja,walaupun jarak cuma 10km tak sampai,kami mengambil masa 20 minit untuk sampai ke tempat kerja(dia bawak slowwwwwwwwww..huhuhuhu).
Sehingga kini aku pegang kata-kata itu.Sungguh benar bagai dikata..kalau kita senang dipengaruhi,kita akan berubah sekelip mata.Tanpa kita sedari,kita telah mengguris hati orang lain dengan perubahan diri kita hasil dari hasutan orang lain.Aku telah merasainya...

Tanpa pendirian tetap,hati manusia pasti berubah apalagi jika setiap hari ada manusia jahat yang berlumba-lumba untuk meracuni fikiran.Aku takut jika aku sebahagian daripadanya dan aku Kesal jika ini pernah terjadi pada yang lain diluar sana.
Kuatkanlah hatimu,tetapkan pendirianmu..bertahanlah dan bertabahlah dengan apa yang akan kau lalui.Jangan sesekali terpedaya dengan kata-kata nista dan adu domba yang sering diperdengarkan kepadamu.


1 comment:

  1. emmm sapa pengadu domba tu takut la nak meluah perasaan sekarang ni...takut disalh ertikan...take care sis :)

    ReplyDelete