Saturday, October 29, 2011

Otstesen

Jumaat baru lepas aku kena transfer ke USJ Subang selama 5 hari untuk preparation Tender MOE..tender yang paling extreme penyediaannya pada perkiraan aku yang baru berjinak-jinak dlam bidang penyediaan dokumen projek nih.Cilakak,jawatn gua sekarang ialah Senior Eksekutif Projek! Nama jawatan punya class...tak padan dgn gua. Patut la rasa mcm bizi tak ingat dunia.

Hari pertama kat sana masih bleh rilek-rilek main FB..lepak-lepak chill je..masuk hari kedua aku dah start jadi tak keruan..kejap baring kejap duduk kejap berjalan..aku pening pikir camana nak siapkan semua benda ni sorang-sorang,ofismate aku task lain aku task lain..tender nak submit hari ke empat,hari ketiga dah jadi macam beruk masing-masing..tekejar-kejar.tak mandi tak makan...muka srabai,umah bersepah-sepah dengan dokumen hanya semata-mata nak siapkan dokumen sebelum pukul 12 tghari hari ke empat. Start pagi hari ke tiga hingga tghari hari ke empat,tiada aktiviti tidur yang berlaku..hasil dari minum redbull aku berjaya bertahan 24 jam tanpa tidur dan tender berjaya disubmit ke putrajaya walopun ada 2,3 ketol yang tak dapat submit. Ok lah dari takdak langsung katanya...kan.

hari kelima masa untuk berjimba...berjimba kat ikea je..subang parade.malas mau pegi jauh-jauh.Badan masih letih..

ni colleagues gua.

Lunch gua dengan menda nih je..jepun punya makanan.peghhh meloya tekak melayu aku.

Ni kat entrance..shopping giler...habis RM60 woooooooo hahahahahhaa. Bukan RM600,tapi RM60 jah.



part paling sadis..hari nak balik,hari Deepavali tu.keta breakdown kat RnR bukit merah.


Haritu gua sambut deepavali dengan penuh perasaan bebai..