Friday, December 31, 2010

To annoyed people..

Hahaaha..i found this from someones blog. Its quite long but its funny..sesuai untuk diberikan kepada sapa-sapa yang annoying lebih tu.Semakk kalo jumpa orang-orang camtu.If you see them,throw this saying to them..LOL.


Any similarity between you and a human is purely coincidental!

Anyone who told you to be yourself couldn't have given you worse advice.

Are your parents siblings?

As an outsider, what do you think of the human race?

Better at sex than anyone; now all he needs is a partner.

Calling you silly would be an insult to silly people.

Did your parents ever ask you to run away from home?

Do you ever wonder what life would be like if you'd had enough oxygen at birth?

Do you want people to accept you as you are or do you want them to like you?

Don't you have a terribly empty feeling - in your skull?

Do you still love nature, despite what it did to you?

Don't you need a license to be that ugly?

Every girl has the right to be ugly, but you abused the privilege!

Go ahead, tell them everything you know. It'll only take 10 seconds.

Have you considered suing your brains for non-support?

He has a mind like a steel trap - always closed!

He is living proof that man can live without a brain!

He is the kind of a man that you would use as a blueprint to build an .

He's not silly; he's possessed by a not-so-smart ghost.

Here's 20 cents. Call all your friends and bring back some change!

Hi! I'm a human being! What are you?

How did you get here? Did someone leave your cage open?

I'd like to see things from your point of view but I can't seem to get my head that far up my backside.

I bet your brain feels as good as new, seeing that you've never used it.

I bet your mother has a loud bark!

I could make a monkey out of you, but why should I take all the credit?

I don't consider you a vulture. I consider you something a vulture would eat.

I don't know what makes you so silly, but it really works!

I don't think you are a fool. But then what's MY opinion against thousands of others?

I hear the only place you're ever invited is outside.

I hear you were born on a farm. Any more in the litter?

I heard you got a brain transplant and the brain rejected you!

I heard you went to have your head examined but the doctors found nothing there.

I know you are nobody's fool but maybe someone will adopt you.

I thought of you all day today. I was at the zoo.

I would ask you how old you are but I know you can't count that high.

I'd like to help you out. Which way did you come in?

I'd like to leave you with one thought...but I'm not sure you have anywhere to put it!

I'd love to go out with you, but my favorite commercial is on TV.

I'll never forget the first time we met - although I'll keep trying.

I'm busy now. Can I ignore you some other time?

I've seen people like you before, but I had to pay admission!

If I ever need a brain transplant, I'd choose yours because I'd want a brain that had never been used.

If ignorance is bliss, you must be the happiest person alive.

If we were to kill everybody who hates you, it wouldn't be murder; it would be genocide!

If what you don't know can't hurt you, she's invulnerable.

If you stand close enough to him, you can hear the ocean.

If your brain was chocolate it wouldn't fill an M&M.

Keep talking, someday you'll say something intelligent.

Learn from your parents' mistakes - use birth control!

Pardon me, but you've obviously mistaken me for someone who gives a damn.

So, a thought crossed your mind? Must have been a long and lonely journey.

Some day you will find yourself - and wish you hadn't.

There is no vaccine against stupidity.

Thursday, December 30, 2010

Memory remains

Melihat hujan adakalanya membuat aku terbuai..Kadang rasa nak tido kadang rasa nak menyanyi lagu-lagu syahdu dan kadangkala rasa nak remind balik memory yang lepas-lepas. I love hujan,this is the real one.Main hujan je aku tak suka,sebab sejuk dan aku bencikan kelembapan.
Kadang-kadang kita memerlukan masa yang sesuai untuk mengingat kembali masa-masa lalu kita,contoh bila bersendirian didalam bilik,ketika makan sorang-sorang,ketika bercuti atau ketika waktu melepas..kan hajat besar.Hahaha..itu benar,bukan mitos.Sebab tu ia dinamakan bilik termenung.Ngee...

Entri ni tiada topik yang spesifik,cuma ingin berkongsi perasaan.Selepas entri mencurah air didaun keladi,hari ini aku seperti mendapat semangat baru.Taktau pulak mana datang,bangun pagi-pagi dah rasa semanagt untuk datang kerja.Mungkin kerna ada nampak improvement dari keadaan semasa 2,3 hari ini.Itu membuatkan aku terasa suka..dan semangat kembali datang bertandang.Tapi aku sedar,ini cuma bertahan untuk beberapa ketika..aku sangat pasti tentang itu.Sebab dah biasa kena..seronok lebih sakit pun lebih.Itu pasti..so,jangan seronok sangat.Janji pada hati aku..

Pernah dengar lagu S Club 7,Bring It All Back..?

"Dont stop stop never give up,hold your head high and reach to the top.Let the world see what you have got,bring it all back to you"

Seharusnya begitu lah,tak perlu nak putus asa setiap kali menemui kegagalan.Tapi nama pun kan manusia,mana ada yang sempurna..bila jatuh mesti terasa sakit jua walaupun luka cuma besaq lubang jarum.

Till then,jumpa lagi.

Wednesday, December 29, 2010

mencurah air didaun keladi

Aku betul-betul takdak mood.Aku tau aku takdak mood bila aku takkan buat benda-benda yang selalu aku akan buat dan aku akan buat benda-benda yang aku jarang buat.Memang aku pelik,sebab itu aku tak kawin lagi sampai sekarang.Erkkk..ada kena mengena ke? tihtitihtih..

Mana mood aku hilang,aku taknak tau dan taknak amik tau..biarkan dia berpergian kemana saja dia suka sebab dia pun perlukan privacy.Mood pun ada mood jugak.Mengira cuti yang masih berbaki cuma tinggal beberapa hari sebelum menyambut tahun baru 2011..mana pun tak sempat pergi kecuali Penang itu hari.Dengan family..? belum lagi,mentelah gaji pun belum dapat..sorry,belum kira.Aku memang pelik,kan aku dah kata..gaji sendiri pun malas nak kira.Pelik la tuu..
Untuk berbelanja dan membayar hutang piutang(bunyi mcam banyak sangat),nanti aku kira kemudian.Hah..sebut pasal berbelanja,baju baru yang dibeli minggu lepas masih dalam bungkusan plastik tergantung saja disitu masih belum aku sentuh.Masa beli tergedik sungguh sampai meminjam dari kawan,bila dah dapat tak sentuh pun..ikshhh,memang takdak mood betul ni.Kalo tak,tak sempat sampai rumah ,aku dah try menerai sampai baju melekat dengan peluh aku.

Ini baru nak masuk kisah mencurah air didaun keladi,tadi baru mukadimah..pelik nih,panjang plak entri malam ni.Kisah keladi ni takla best sangat,cuma sayoq keladi saja yanag best lagi-lagi bila kena bulan puasa..Keladi tu yang dah jadi sayoq,tapi keladi hidup ni masalah la jugak pasai dia takmau serap ayaq. Puas cuba juruih ayaq pun dia dok meleleh keluaq.Aku nih dok juruih la juruih..dia dok macam tu gak tak basah2. Sabit tu kot pokok keladi selalu tumbuh dalam kawasan berayaq,pasai tak gaduh dah kita dok juruih-juruih macam pokok bunga.

Tukang juruih - dah lama dah dok juruih,keladi takmau basah-basah..dok kering camtu la. Ketegaq sungguh.
Daun keladi - tak payah juruih la,saya cekang dah..akaq dah ada ayaq..saya dah ckup disirami..tak perlu nak siram-siram dan juruih-juruih lagi.

Aku - whatever...


p/s : tak sabar menunggu 16/01/2011

Tuesday, December 28, 2010

Aku menulis bukan kerna nama

Betul..Bukan..bukan kerna nama atau kerna ingin menarik perhatian sesiapa.Aku menulis bilamana perasaan aku jadi kacau dan hati aku tak tenteram.Seperti sekarang ini..tak tenteram la ni.Kalo tenteram aku tak tulis der..aku sibuk buat menda-menda lain macam facebook ke makan ke tengok movie ke macam tu la.
Bila aku menulis,aku takkan fikirkan apa-apa selain dari diri aku dan subjek yang aku tulis..jadi jangan harapakan aku untuk menulis sesuatu yang boleh menjadi bahan ilmiah.Belum sampai masanya untuk aku menjadi seorang penasihat didalam blog,mungkin orang lain tapi tidak aku.

Dulu masa disekolah,aku suka menulis cerpen..ada seorang kawan ni aku namakan Z,(perempuan)..selain pandai menyanyi dia juga pandai menulis.Jadi setiap yang aku tulis aku beri padanya untuk komen. Maka setelah semua orang mengetahui,kami pun dipaksa masuk persatuan Bahasa Melayu dan dihantar masuk ke pertandingan mengarang dan berbalas pantun.Ohhh please..tapi kami menang,dan aku dapat piala. Kahkahkahkah..tah mana perginya piala tu sekarang ni.Maybe mak aku dah buat tenggalung kepala kucin itam yang selalu dok curi-curi makan nasik kucing putih aku.

Menulis perlu idea dari hati,bukan dari kepala.Itu kata aku,kata orang lain..? lantak korang la..

Sunday, December 26, 2010

Aku masih dara

Baru lepas selesai menonton cerita ni dengan kawan-kawan sebentar tadi..Reviewnya,..reviewnya..? ermmm,malas nak buat review sangat,sikit-sikit boleh la kot. Mula-mula nak tengok HAntu Kak Limah Balik Rumah,tapi ada yang dah tengok jadi kami menukar ke cerita Aku Masih Dara..dara ke..? opsss...hahahaha..
of kos laa..

Permulaan ok,not bad..sampai kat tengah-tengah..seperti kebiasaaan filem-filem dan drama melayu..pengarah dah kehabisan modal..bosan.Jalan cerita berkisar perkara yang sama dan dialog-dialog mudah dari pelakon yang memegang watak alim,Ashraf Muslim.(tapi dia mmg ensem). Tiada apa yang menarik dalam dialog "tarbiah" dari asraf,cuma ayat-ayat biasa yang selalu kita dengar dari ceramah-ceramah di tv atau dimasjid-masjid. Namun,cerita ini mungkin sesuai bagi remaja-remaja yang baru membesar dan baru nak kenal mana halal dan haram bolehlah menonton cerita ni sebagai pengajaran. Untuk yang dewasa,agak sukar rasanya untuk menembusi pemikiran mereka dengan skrip biasa seperti itu.Skrip yang sangat common..bagi aku la.
Tapi watak jahat yang di bawak oleh farid kamil memang menjadi..aku rasa dia ni memang bohjan kot sebelum jadi artis..macam biasa buat je semua benda-benda tu hahahaha.

Pelakon-pelakon wanitanya boleh tahan menjadi,pelakon yang idung besar tu sape ke nama dia..yang berlakon drama shampoo sunsilk tu,huihhh mengelitis betul dia tu.Memang stok-stok kaki clubbing la tu hehehehe..
tu ja kot aku nak ulas..cemuih laa. aku bukan reti sangat nak ulas-ulas...uli-uli aku reti laa hahahhaa.
tunggu je la cita hantu kak limah balik umah kuar kat mana-mana site,dah tak sabar nak sedut.hahaha
 till then,chow...

Thursday, December 23, 2010

Zahir Tak Terucap

kebizian melanda lately sampai tak sempat nak update blog. Masuk-masuk dah penuh sawang engkauu..matilah ,bela labah-labah dalam blog.
Kebizian ini telah menduga diriku dan menjadikan aku sadarr tentang apa itu erti tanggungjawab dan pengorbanan.Di samping sempat bercuti seketika untuk melepas lelah,masih jua kekalutan menghambat ketika itu.Maka dengan perasaan sebal dan berbuku aku layankan jua,apa nak buat..dah namanya kerja.
Percutian keluarga! Cuma 2 hari 1 malam,dihadiri para family namun tanpa kehadiran adik beradik sendiri.Ehekk..perlukah dinamakan percutian keluarga sedangkan mana ada keluarga terdekat yang hadir sama.Bolehlah,sepupu sepapat pun dikira keluarga juga. Disaat bergembira terkenang juga alngkah indah jika kakak abang dan adik-adik ikut serta.Namun apakan daya tak cukup quota,maybe lain masa kita boleh bersama.
Seronok juga,walaupun ada beberapa perkara yang menggangu jiwa,tapi tak mahu mengusutkan minda dengan perkara-perkara biasa..aku layan je percutian ini dan habiskan dengan sempurna.Sebulann gaji dilaburkan,tunggu lah gaji bulan ni plak untuk makan.











Ok la kan dari takdak apa langsung,dari dok langaut saja kat opis sedangkan orang lain melahu entah kemana mana perginya. Sedikit ulasan,tempatnya menarik juga,sesuai untuk golongan pertengahan macam aku dan keluarga aku nih.Tak mahal sangat dan tak murah,cukup untuk berseronok dengan gaya hidup sederhana.Apartment yang sederhana besar namun viewnya cukup cantik.
dalam hatiku meronta-ronta untuk datang ke sini lagi bersama keluarga sendiri,mudah mudahan.ok,berhenti.

Tuesday, December 14, 2010

Itu ini begitu begini

Kalo hampa minat majalah kartun humor,mesti hampa tau tajuk ni asainya mai dari tajuk salah sebuah kartun di Majalah Gila-Gila..itu ini begitu begini ni kartun tanpa dialog,cuma ada tunjuk pergerakan kartun yang ckup lawak.

Sesuai dengan tajuk..kisah itu ini begitu begini nih memang macam-macam.Macam-macam sangat sampai jadi pelik-pelik.Kepelikan yang sangat buat aku menyampah,bukan kategori humor lagi dah.Honestly,Tak larat nak handle lagi.Sesungguhnya aku mengharapkan semua ni berakhir dengan segera,secepat yang boleh. Kemudian,dengan rela hati,aku akan lepaskan semuanya pergi.Bina hidup yang baru.Bermula dari bawah pada usia yang semakin senja..Haahahahha.Atau mungkin aku dah ready untuk membina kehidupan baru bersama orang yang baru..? adakah...? Hahahaha..mungkin, no one knows.

Bercakap mengenai humor,ramai kawan kata aku mempunyai sifat humor yang tinggi.Ohh..I take it as a compliment.Sebenarnya aku lebih suka bersarkastik..orang Kedah kata camdik.Tapi dalam kategori melawak,sebab aku cukup takut kalau kata-kata aku boleh mengguris hati dan perasaan orang lain.
By the way,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Biarpun kau lawak tahap din beramboi sekalipun,kalau sampai ketika ko ada masalah..memang takleh nak berlawak-lawak dah.Silap-silap ada yang makan kaki.

Jumaat ni ada gathering bersama family di Penang,aku akan pergi tapi dengan perasaan yang bercampur baur.Gembira sikit campur tension campur marah campur kecewa campur bosan campur sedih campur tekanan campur penat.Semuanya bercampur menjadi satu perkataan = Blur.

Semoga Penang memberikan satu pemulihan ke atas otak dan urat sarafku.

Monday, December 13, 2010

Take it or leave it...but i can't



Bila dah masuk ke fasa baru,tapak baru dan memakai 'pakaian baru',maka kepala dan hati pun terpaksa tukar baru.Inilah yang aku cari selama ni pun..? kan..? Atau aku pun tak pasti samada ini yang aku nak atau ini cuma nasib yang telah ditakdirkan ke atas diri aku. Untung sabut timbul untung batu tenggelam,mungkin aku ni dalam kategori sabut walaupun hakikatnya aku ni berat lebih daripada batu.
Tanggungjawab bukan susah nak pikul kalo kena caranya,kecuali kita yang suka mencipta berbagai alasan.Bila hati dah sayang,busuk macamana pun kita akan terima jua.So,take it or leave it..? Tapi aku tak mampu kedua dua nya.Bukan tak mampu,cuma tak yakin dan telah mengalah.
Berada dalam 3 pilihan berbeza adalah sangat  menyukarkan.Manakan tidak,kalo 2 pun dah pening inikan pulak 3.Belum masuk yang lain-lain..Banyak yang perlu dipertimbangkan.Boleh mereng.Nasib ada minyak cap kapak HAHAHHAAHAHA.
Whatever it is, dah masuk masuk dah..nak tak nak kena teruskan juga...tengokla sampai mana nak tahan,gamak tak tahan...pandai-pandai la cari alternatif lain.

Saturday, December 4, 2010

Sukati lu orang la..

Memang cukup semak arini...dah la keja tak setel-setel,ditambah lagi dengan tempekan-tempekan masalah lain yg bukannya masalah kerja yang nak tumpang sekali menempek kat bahu aku. Dan yang nak menambahkan lagi sesak ,ada mangkor-mangkor yang tak sedar di untung yang tumpang sekaki memenuhkan kawasan-kawasan dalam serebrum kepala aku ni.


tapi memang cukup cilakoi la itu orang..ko dah susah,meh la aku nak tolong. Ehhhh dah tunjuk lagak plak..nak tunjuk timing yang ko tu tak perlukan pertolongan dari aku.Kata plak kat gua macam-macam.Wtf la dol...sebelum ni pun sapa yang tolong lu orang. Bukan gua jugak ke.Ini orang memang bikin gua panas hati..
Kalo ikutkan ati panas,gua pot tepi terus la masalah lu orang ni.Gua malas campur dah,bukan gua dapat pembalasan yg baik pun malah cacian yang gua dapat.
Tanpa segan silu gua ngaku gua hati baik..tak bleh tengok orang susah gua mesti nak tolong.Tapi dah banyak kali gua kena macam ni..dan yang paling pilu sekali,yang buat gua macam ni ialah sedara mara gua sendiri.


Tolonglah,jangan jadi orang yang bodoh sombong. DAh orang volunteer nak tolong,apa yang lu orang nak timing tinggi sat. Ukurlah baju kat badan sendiri. Kalo DAh badan lu orang kecik macam cicak yang lu orang pi ukur kat badan gajah tu apa pasal.Memang la terlebih muat.Perut kecik hati besar sangat laa...


Allah itu maha adil,sekejap je DIA dah tunjuk kesilapan lu orang pada gua.Gua tak sedih,sebab hati gua dah kebal..buatla apa lu orang nak buat,tapi bila susah..lu orang inagtlah pada Allah,jangan ingat pada gua sebab gua takkan tolong lu orang lagi.

Monday, November 29, 2010

Sudah sampai sini

Lama sudah tidak mengupdate..memandangkan blogger.com tidak dapat dimasuki semasa di ofis(block apa kegajahnya ntah la kot)..so kena tggu balik kerja malam2 baru dapat update pakai berokband,dan dah semestinya malas untuk aku lakukan.
harini melakukan lawatan ke cyber Bkt Tembaga dan Pedu..perghhh kepenatan duduk diseat belakang lebih terasa melebihi driver lagi. hahahhaa..

Habis lawatan,sempat jua mengulorr ke Tasik Pedu snappy2 picture yang sangat wowww mata memandang..







Terasa damai dihati melihat kehijauan rimba dan tasik yang jernih ayaqnya...tapi sayang telah menjdi sebuah kawasan yang ditinggalkan begitu saja tanpa pengawasan dan penjagaan.

Besok- sambungan Outstation di Penang,projek memasang Acer di Politeknik Sbrg Prai.Haritu balik hari,juga sempat mengulor ke seberang tambak.Esok,akan pergi lagi dan maybe bermastautin disana selama beberapa hari sehingga selesai kerja.Kedengaran agak meletihkan,dan dah terbayang dimata susunan kotak-kotak Acer yang berpuluhan (sebenarnya ratusan tapi ada yg dah disiapkan awal) yang bakal diselenggarakan.Duhh...aku rasa habis kerja,aku tido terus kot malas outing sebab mesti badan penat.
Sudah sampai sini..mau tidoq awal kerna esok kena bgn subuh2 gajah untuk bertolak..sampai jumpa lagi selepas pulang dr penang.

Monday, November 22, 2010

Hand In My Pocket




i love this song..the lyrics is so mean to me. the 1st time i heard this song when i was at 18 years old,till now its still refreshing my mind.





Sunday, November 21, 2010

my daddy says....

My late father was told me...hati kena kuat,jangan mudah terpedaya dengan hasutan dan adu domba dari macam-macam orang. Mula-mula aku tak paham,tapi lepas aku tanya kawan aku apa makna adu domba baru aku paham..hahahahhaa.
Beliau berkata begitu semasa aku mula-mula nak masuk kerja di Pustaka Union Alor Star pada tahun 1997.Beliau sangat garang dan sering mengawal pergaulan kami adik beradik. Jadi bila aku memberitahu untuk bekerja semasa menunggu keputusan SPM,beliau mula-mula tak benarkan,kemudian selepas dipujuk dan menketegaqkan diri,akhirnya beliau benarkan tapi dengan syarat beliau akan hantar pergi dan balik.Jadi,berhantarlah aku pergi dan balik kerja,walaupun jarak cuma 10km tak sampai,kami mengambil masa 20 minit untuk sampai ke tempat kerja(dia bawak slowwwwwwwwww..huhuhuhu).
Sehingga kini aku pegang kata-kata itu.Sungguh benar bagai dikata..kalau kita senang dipengaruhi,kita akan berubah sekelip mata.Tanpa kita sedari,kita telah mengguris hati orang lain dengan perubahan diri kita hasil dari hasutan orang lain.Aku telah merasainya...

Tanpa pendirian tetap,hati manusia pasti berubah apalagi jika setiap hari ada manusia jahat yang berlumba-lumba untuk meracuni fikiran.Aku takut jika aku sebahagian daripadanya dan aku Kesal jika ini pernah terjadi pada yang lain diluar sana.
Kuatkanlah hatimu,tetapkan pendirianmu..bertahanlah dan bertabahlah dengan apa yang akan kau lalui.Jangan sesekali terpedaya dengan kata-kata nista dan adu domba yang sering diperdengarkan kepadamu.


Saturday, November 20, 2010

Berganti hati

Bagaimana harus berganti hati..tak mahu yang ini lagi.

Aidil Adha dah berlalu pergi,sejak malam td..kata orang Aidil Adha kurang meriah berbanding Aidil fitri,tapi bagi aku untuk tahun ini adalah terjadi yang sebaliknya. Aidil Adha agak meriah,berbanding Aidil fitri.masing-masing sibuk nak buat jemputan makan-makan dirumah masing-masing,which is..bagus bagi aku. Boleh mengeratkan silatulrahim sesama saudara bila semua saudara saling kunjung mengunjung.
2,3 hari ni juga badan rasa tak sedap..sakit kepala,loya-loya..mungkin banyak makan menu korban. Bagi sesetengah orang,penyakit tidak menghalang mereka dari makan,begitu juga aku.Tapi bila dah sakit,baru rasa menyesal..sikit ja la menyesal.Lepas tu makan lagi...

Jemputan kenduri perkahwinan rakan-rakan dan saudara juga banyak.Tak tahu jika berkesempatan menghadirkan diri.Banyak jemputan maknanya banyak makanan,banyak makanan tentu banyak makan,bila banyak makan tentu banyak yang akan "naik"..hahahaha. Baju dah tak muat,so kena control mana yang tak perlu makan,baik jangan makan.

Ketenteraman hati - agak gusar sepanjang minggu,selain dari masalah kewangan ada juga perkara yang mengganggu fikiran.Aku akan cuba berlagak selamba,selagi termampu.
Kawan-kawan - need to find someone new.Tidak menjadi kesalahan untuk make a new friend kan. Tak boleh bergantung dengan seorang dua yang kadang-kadang tak pernah ingatkan kita pun. Ataupun lebih baik tak payah berkawan,habis kerja duduk saja di rumah,sembang-sembang dengan mak sampai tertido. Hari minggu boleh rehat,tengok tv sampai mata lebam. Itukan lebih seronok..mungkin.Bunyi macam kecewa je..YES i am.

Quote di atas tadi saja letak,sebab suka dengan lagu tu. Lagu berganti hati dari Anggun C Sasmi. Teringat seorang rakan lama yang aku rosakkan kaset Anggun yang dia baru beli.Talinya kusut selepas aku mainkan di radio buruk aku.Mujur dia tak marah.
Tapi bagaimana mahu berganti hati...? kalaulah boleh cubit tauk buang,nak aja aku gantikan yang baru. yang fresh dan masih berbau kedai.Akan aku jaga dan pastikan ia sihat,segar dan terlindung dari segala benda yang mengotorkan.Bagaimana harus aku berganti hati..? Sungguh aku dah tak mahu yang ini lagi...

Monday, November 8, 2010

Luncai

Perasaan ~ Arini aku rasa sedih,aku tatau aku sedih pasaipa tapi aku rasa satu perasaan yang sangat sedih.
taktau lagu mana nak describe,tapi yang aku tau aku rasa sedih.
Orang kata perasaan ni tak buleh di layan sangat,kadang-kadang dia ok kadang-kadang dok tak dok dia jadi macam gila meroyan sedih tak tentu pasal. Tapi aku belum gila lagi,cuma tatkala ini aku rasa sangat sedih. Mungkin aku tau sebab apa,tapi aku tak pasti samada memang betoi aku sedih pasal tu atau pasal apa..aku sendiri tak sure.heheehhe..buleh lagu tu?

Frustrated ~ meluat bila kena pikiaq pasai orang lain.Kecewa bila budi yang kita tanam,tapi taik kambing yang tumbuh, bukan buah stoberi.Nak kata haram jadah,kasar sangat bunyinya. Tapi itu saja yang termampu aku menyumpah dalam hati. Kadang rasa nak lari dari semua ni.Lupakan semua yang ada dan bina kehidupan baru. Biar susah semula,asalkan dapat lari dari semua ini. Aku di ajar supaya menjadi baik dan berbuat baik.Baik pada semua orang disekeliling. Aku mengaplikasikan benda tu,tapi masih ada yang tak puas hati.Kesempatan di ambil ke atasku,aku pasrah selalu.Tapi bila sesekali aku teringin untuk bersuara,ternyata suaraku tidak pernah di dengari,akhirnya ia memakan diriku sendiri.

Pasrah ~ bukan macam dalam cerita yusuf haslam,cerita hidup aku lari banyak dari filem usop aslam itu.Aku selalu memikirkan tentang diri aku. Tapi conclusionnya hanya 70%  berpihak kepadaku dan selebihnya kepada orang lain.Aku mahu 100%. Aku bukan selfish,walau pernah cuba belajar menjadi seperti itu.Umpama mengail ikan di kolam,dapat seekor,tetapi mahu dikongsi dengan 30 orang.Sedih..

beralah bukan kalah tapi tidak mahu mengusutkan keadaan.Susah untuk membenci orang lain kalau hanya untuk perkara yang kecil.jadi aku terpaksa biarkan,si luncai terjun dengan labu labunya ..biarkan..biarkann,sedang aku hanya melihat dari daratan..biarkann biarkannn

Monday, November 1, 2010

Oktober berlalu pergi

Sungguh cepat masa berlalu..ku rasakan baru mengapai Oktober,harini dah masuk November.
Sungguh skema ayatku..muahahah.
Oktober bulan pantas..taktau kenapa aku rasa macam cepat sangat Oktober berlalu tanpa sebarang tanda dan jejak kenangan manis yang aku tinggalkan dibulan itu.
November sudah menunjukkan muka,banyak perancangan yang belum menjadi.Agenda yang belum di diskusi,perkara yang belum selesai dan penangguhan yang sangat banyak. Pening ..pening..mana satu hendak di fikirkan.
Dateline!! Perkataan yang sangat sesuatu..perkataan yang sering menolak aku dari belakang dan menarik aku dari hadapan sehingga aku sering berlari dan tercungap-cungap.Kadangkala aku terjatuh dan dah tak mampu untuk bangun semula tapi bila memikirkan dateline,aku gagahi bangun untuk mengejar beliau.
Better late than nothing
boleh pakai..? Ok la dari takdak langsung kan.Betul,manusia yang berjaya adalah manusia yang sering menepati masa,tetapi kena fikirkan jugak kesukaran yang di alami.Ya,yaa..manusia yang berjaya ialah manusia yang kurang memberi alasan tetapi banyak berusaha.Berusaha berusaha dan berusaha,ayat klise untuk orang-orang yang macam aku.Independent..mereka semua nun jauh di sana,bersama-sama..tapi aku seorang diri di sini pecah kepala. Malang sungguh jika masih ada yang berkata bahawa aku tidak pernah berusaha.
November mungkin juga akan sepantas Oktober jika aku tidak berusaha.Tekad untuk melangsaikan apa yang terhutang dan menutup mulut-mulut mereka yang selalu terbuka untuk berkata-kata nista.Disember akan menjadi penghujung segala derita.
Insyallah jika tuhan mengizinkan.

Kipas susah mati P.Ramlee

Bulan ni kan bising kat tv pasal bulan P.Ramlee...siap ada lagu tribute utk P.Ramlee,siaran radio yang pasang lagu-lagu P.Ramlee dan sebagainya. Aku memang peminat tegar cerita P.Ramlee..walaupun dah 476 kali di ulang tayang kat tv,aku still nak kena tgk jugak walaupun tak sampai abis. Kira buleh layan la daripada aku nak layan cerita-cerita Indon yang tak tau pucuk pangkalnya tu.
Aku suka filem P.Ramlee,dan P.Ramlee itu sendiri.Dulu kat library aku pernah pinjam buku pasal riwayat hidup P.Ramlee..memang layan abis. 2 jam aku baca sampai abis,siap khatam balik lagi plak kot atas.Kisah bagaimana P.Ramlee dapat idea untuk tulis skrip,kisah dia dengan Saloma dan rakan-rakan dan lain-lain lagi.

Seriously, sejak aku sekolah rendah memang aku minat tengok filem P.Ramlee. Siap pinjam video tape pak sedara aku(yang minat p.ramlee jugak),untuk bawak balik kat rumah.Padahal bukan ada video player pun. Tau mana aku bawak video tape tu..? Pi pasang kat umah mak sedara lagi satu..hahaha. 
Aku ingat lagi tiap kali pergi berziarah bapak sedara aku tu,first sekali aku buat bila sampai ialah pergi ke tempat rak video tape dia untuk pilih video tape P.Ramlee untuk suruh dia pasang.Dan dia pun dengan baik hatinya pasangkan untuk aku.

Kenapa aku suka P.Ramlee..? Sebab pada aku dia seorang yang genius dalam berfikir.Idea dan buah fikiran dia sangat bernas terutama dalam penulisan skrip filem yang berunsur komedi apatah lagi dalam genre serius. Dalam lawak pun dia boleh kenakan kita.Pada aku dia adalah pemikir agung yang mendahului zaman. Apa yang dikatakan dalam filemnya,sebenarnya banyak yang telah dan sedang terjadi pada masa kini.Antara sedar dan tidak,kata-katanya ada yang benar belaka.P.Ramlee secara pintarnya telah mempersembahkan perasaan hatinya,pendapat dan pandangan yang dirasakannya perlu dikatakan, di dalam filem-filem arahannya.

Ramai yang tidak sedar sebenarnya banyak karya P.Ramlee yang telah mendahului zaman dan mempunyai nilai-nilai masraykat seperti yang kerajaan kita sedang usahakan pada ketika ini.Banyak dialog-dialong filem P.Ramlee yang kadangkala menyentap emosi kita dan kadangkala ada yang terkena pada batang hidung sendiri.
Dialog-dialong spontan dalam filem P.Ramlee juga sering menjadi ikutan ramai suatu waktu dulu dan tak terkecuali pada zaman sekarang ni pun.Antara dialog yang paling aku suka ialah dialog dalam filem Seniman Bujang Lapok, Labu Labi dan 3 Abdul. DAN,walaupun dah beratus kali aku tengok tapi aku still mampu gelak lagi dan enjoy dengan filem tu..hahahhaa pelik tak.



Norkiah : mak minah, org sebelah tu keje ape..

Mak Minah : ala, yg keje ping pang pet pot tu..
Norkiah : ping pang pet pot? oo import eksport kot..
Mak Minah : ha..ping pang pet pot..

~ Filem Masam-masam manis

Sunday, October 31, 2010

Quote of the day


Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.

If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.

~ Thomas Jefferson


Keroje

its a rainy day..all day long hanya bertemankan bunyi hujan saja.
Arini aku dah sampai rumah,selepas 2 hari setengah "bercuti" sambil melawat anak sedara di SP. SP ja pun aku cuti..kalo dia dok Singapore pun aku pi.Ingat apa..takleh pi ka.hehehe..cuti 2 hari ni aku abiskan dengan anak sedara je dia rumah sambil berehat dari bekerja..tapi..
Nak tergelak sendiri pun ada bila cakap pasal kerja ni..aku apply cuti 3 hari konon nak hilangkan stress dan penat pikir psl kerja tapi selangkah masuk dalam keta untuk bertolak,dah macam-macam panggilan dan sms yang masuk.Aku buat bodo ja,tapi bila dah selangkah lagi masuk dalam "tempat percutian" still ada panggilan lagi nak tak nak kena la jawab jugak.tak patut plak rasa nak ignore.
Yang pedih sekali bila kena perli dengan adik bradik,time cuti pun usung laptop.Macam best! hahhaha..best la sangat. Abeh camno..?
Sebab tu aku malas nak apply cuti,cuti ke tak sama ja. Beza nya cuma aku dok dekat dengan dok jauh,otak masih berseliratan dengan perkara kerja dan masalah kerja. Bak kata M.Zain dalam filem labu labi...


Selagi belum tutup mata,kerja,kerja,kerja...



Bulan 12 mungkin boleh bercuti panjang,Insyallah.




Monday, October 25, 2010

Peace

Sun-Tzu pernah berkata....

Keep Your Friends Close,And Your Enemies Closer
Jadi,berbuat baik kepada semua orang adalah perkara yang paling aku suka,mengikut seperti saranan Zun-Tzu itu.Tapi tanpa kita sedar,berbuat baik secara terlampau adalah sebenarnya memberikan kelebihan kepada orang yang tidak suka kepada kita secara diam-diam untuk mengambil ruang dan peluang untuk menyakiti kita.Seperti kata pepatah,seperti gunting dalam lipatan atau api dalam sekam yang tanpa kita sedari secara slow motion nya telah menjadi duri dalam daging kepada kita.
Api dalam sekam,duri dalam daging,gunting dalam lipatan...or whatever it is,adalah sama maksudnya dengan orang yang baik dengan kita tetapi sanggup membuat perkara-perkara yang sangat melukakan hati kita.
10 tahun di sini,aku mengumpul ramai kenalan,dan tanpa aku sedari..sebenarnya aku juga mengumpul ramai musuh.Aku baik dengan semua orang..aku meletakkan diri aku serendah rendahnya untuk mereka walaupun secara officialnya aku adalah berhak untuk berada lebih tinggi dari mereka. 
10 tahun mungkin singkat,tapi jika dihitung musuh yang telah aku cipta hasil dari kerjaya aku ini agak banyak.Manusia sememangnya tak sama,apa yang kita rasa betul tak semestinya boleh diterima oleh orang lain begitu juga sebaliknya.
Bermusuh bukanlah menjadi pilihan aku,tapi mereka telah memilih begitu.Aku sendiri tak faham kenapa.Orang lain yang telah memberikan aku laluan untuk aku mencipta musuhku sendiri. Bukan kemahuan aku.
Mungkin kerendahan hati aku belum bagus dalam penilaian mereka,akhirnya mereka memilih untuk bermusuh dengan aku.Terpulang pada mereka..


Forgive your enemies,but never forget their names - John F. Kennedy,1917

Luckilly,i choose to forget their names...



Sunday, October 24, 2010

Aku yang di ajar tentang ketabahan

Kot mana pun takpa.

Heran,heran....
Saya agak heran gak la,selama saya dok kerja tak pernah lagi orang kata saya nak tunjuk terra.(terror).
Saya kerja lama dah gak la,ada dekat 10 tahun..10 tahun tu memang saya dok bergelumang dengan menatang ni ja (komputer),jadinya...saya agak pro jugak sikit-sikit. Tak banyak pun aih,sikit ja.
Lepas tu,saya jadi heran bila orang kata saya nak tunjuk terra. Ikshh pelik sungguh la. Saya buat kerja saya ja,mai kot celah mana saya nak tunjuk terra nya. Saya bukan kacau orang pun,saya dok dalam tempat kerja saya,saya buat kerja yang dah jadi tanggungjawab saya la..rutin saya. Bukan saya pi dok tengah jalan buat demo ka apa,camtu buleh la nak kata saya nak tunjuk terra. heheheh..

Pelik sungguh kadang-kadang dengan manusia ni..ada saja hat tak betoi. Saya buat kerja pun depa kata, tak buat lagi la depa kata. Baru ja dok posting pasai mengata dan berkata-kata, ni dah ada dok dengaq bunyi-bunyi ayam serama dah kot tepi-tepi telinga.
 Saya ni kalau nak ikut ,takpa. Saya camana pun takpa,ikut hampa la nak kata apa.Bukan mulut saya pun,mulut hampa.Kalo mulut saya menguap saya  bleh katup sendiri,kalo mulut hampa,hampa menguap ka hampa katup sendiri la. Kalo busuk mulut hampa,tapak tangan hampa gak yang bau nanti.



Saya cena takpa...hahahha

vs VS vs

Kalau dah bukan rezeki kita,kat dalam mulut pun masih boleh terkeluar..begitu kata-kata yang menggambarkan bahawa belum tentu sesuatu yang kita inginkan walaupun penat kita usahakan akan menjadi milik kita. Sedangkan yang dalam mulut pun boleh terluah apatah lagi sesuatu yang masih belum kita tokak pun..hehehehe.

Rezeki...! Bergantung kepada banyak mana kita berusaha dan bagaimana kita mengusaha. Dalam perniagaan contohnya ada naik dan turun ,tak semestinya apa yang kita niagakan akan menjadi pilihan semua orang. Penjualan adalah penawaran,penawaran mestilah pelbagai.Tidak hanya dengan satu benda,selalunya manusia sukakan variasi,jadi memilih adalah perkara yang mereka paling suka.Maka,kita tidak boleh mendakwa bahawa kita telah beri semua apa yang mereka suka,sedangkan kadangkala mereka masih mahu mencari apa yang kita tiada.
Persaingan pastinya menjadi perkara utama dalam perniagaan.Bagi aku persaingan adalah perkara yang bagus. Dari situ kita boleh menilai di mana kelemahan dan kekurangan kita.Di situ juga kita dapat melihat sedikit kelebihan kita jika ada.Jadi mengapa mesti takut pada persaingan? Bersaing lah secara sihat,kalau itu dapat memberikan kita manfaat apa salahnya.
Cakap pasal bersaing,ada di antara rakan-rakan juga sekarang ini sedang bersaing dengan rakan-rakan yang lain dalam banyak perkara. Tak mau lah sebut benda apa...hahahha. 
Dalam kehidupan seharian,hubungan sesama insan semestinya ada sedikit sebanyak persaingan.Tak salah kalau bersaing untuk merebut apa yang kita suka,asalkan jangan gunakan bomoh! tak fair la camtuh. hahahaha..


Selamat bersaing!


Thursday, October 14, 2010

Katakanlah

Orang selalu kata...


"Mengata jangan belakang-belakang..nak kata kata depan-depan."


Tapi bila dah kata depan-depan tu bukan dipanggil mengata dah. Tu di panggil meng"habaq bagi". Hahahaa..
Pelik sikit bila hat suka dok mengata tu kata..


"saya tak pernah kata kat orang,orang yang selalu dok kata kat saya"

Dia tak sedar yang benda yang tengah dia dok cakap tu pun sebenarnya mengata.Jangan hipokrit lah,mana ada orang dalam dunia ni yang tak pernah kata kat orang lain.Samada berdepan ataupun secara belakang.
Aku pun penah kata kat orang.. hampa tak penah? muhong! hahahah..
Aku pun tau kawan-kawan aku pernah mengata kat aku..aku pun pernah kata kat depa..sama ja.

Bercakap mengenai orang lain adalah dipanggil mengata.Mengata dalam bahasa melayu baku nya ialah Mengumpat aka bercerita mengenai perihal orang lain samada perkara itu berkaitan dengan perkara baik ataupun buruk.
Pada aku,lantak pi la sapa nak kata apa kat aku pun..psai aku pun dok kata kat depa gak. Sapa pun tak rugi apa-apa..asalkan aku tau apa yang aku kata tu mengenai apa dan apa sebabnya. Orang lain nak kata macamana dekat aku..urusan depa dengan Tuhan.Macam tu jugak aku.

Saturday, October 9, 2010

just call my name



Just call my name and ill be there..

ayat yang selalu bermain di jari dan bibir sejak 4,5 hari ni. ENtahla,suka ayat tu. Sedap disebut,simple and just nice..but its have a lot a of meaning..and sarcarsm. i love being sarcastic..ehh takkan baru kenal aku.

Untuk sesetangah yang telah lama mengenali juga,aku memang boleh dikategorikan dalam kategori suka membantu. I love to helping people who need my help. Terasa diri sangat puas kalau dapat membantu.Sejak dulu..aku memang tak pernah berkira kudrat dan wang ringgit. Syukur pada Allah SWT kerana memberikan aku kelebihan itu walaupun dalam banyak perkara aku masih berada dalam kekurangan.Allah maha berkuasa,DIA telah memberikan sesuatu yang aku ada dan orang lain tiada begitu jua sebaliknya. Jadinya, dalam banyak-banyak perkara..menolong orang adalah salah satu dari kebaikan yang aku ada dan aku sering gunakannya.

cuma kebelakangan ini..aku ralat. Aku banyak menolong orang,tapi berapa banyak orang yang menolong aku? Siapa yang ada tatkala bantuan diperlukan...? Ustaz kat sekolah dulu dulu pernah kata..menolong orang biar ikhlas. Jangan minta balasan..ya itu betul. Tak pernah pula aku meminta balasan apalagi mendapat balasan. UStaz tu tak kata plak..kalo tak dapat balasan di dunia akan dapat balasan di akhirat. Mungkin dia lupa nak sebut atau aku yang lupa nak dengar.

Keralatan ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini..tak tahu kenapa. MAybe sebab aku dah tak terdaya nak menolong lagi. Dah habis quota pertolongan. Aku pula perlu pertolongan..siapa yang mahu menolong aku..? Siapa..siapa siapa...ada ka.?


Sunday, October 3, 2010

Perjuangan yang belum selesai

Percintaan adalah satu perjuangan..pernah dengar?
aku sendiri belum faham secara mendalam dengan maksud tersebut...ada kena mengena perjuangan dalam percintaan? mungkin perjuangan untuk menakluki hati pasangan atau berjuang untuk dapat memiliki sepenuhnya hati dan diri sang kekasih hati.

Andai kata percintaan adalahh salah satu dari unsur perjuangan,jadi aku masih belum pernah berjuang.Owhh..Mungkin pernah satu ketika dulu,semasa zaman-zaman jerawat masih segan-segan mahu tumbuh di muka.

Aku ada rakan-rakan yang sedang berjuang dalam medan percintaan. Kesian mereka..tidaklah aku boleh membantu,mereka sedang berjuang sendiri jadi biarkan mereka berjuang hingga ke titisan darah terakhir.Aku juga masih belum cukup senjata untuk membantu,ilmuku juga belum pernah sampai peringkat Guru.JAdi aku hanya berdoa agar perjuangan mereka berbaloi. Ayat klise ku - sabarlah dalam menempuhi cabaran dalam perjuangan. Doaku semoga semua beroleh kemenangan.


teringat kata-kata DR. M - Perjuangan kita belum selesai.

Thursday, September 30, 2010

again..


goshhh...im having a hard headache.sejak dari bgn2 tidur lagi dah nyut nyut nyut..
maybe sebab semalam tidoq lewat sbb abiskan kerja2 mengupdate and double check akaun2 company ittew. Arini plak meeting so merasalah kelam kabut nak siapkan semua. Walaupun x byk sgt ,tp preparation tu penting walaupun kes tu takde pun masuk dlm agenda meeting arinih. ohohohohoh...penat sajork ku buat.

HArini before meeting ku bedal 2 mangkuk laksa lemak yang ofismate ku buat. Sedap dan of course la laksa is a my fav food lol.
After a 3 hours meeting...ku seperti dapat satu ilham baru dan semangat baru. Ilham apa..? tidak la ku nak ceritakan disini. Next entry maybe..
Esok ada 2 jemputan open house..ofismate dan kawan lama. Maybe tak dapat pergi dua2 sekali kerna kena tolong abangku dan kakak ipar basuh rumah.

iv got to go now...dah tak tahan lagi..mau pulang sudah. see ya in next entry.




Saturday, September 25, 2010

Bezanya..


Semasa hendak ke kedai pagi semalam, aku ternampak sekumpulan makcik-makcik dari kawasan perumahan berdekatan sedang mengerumuni sesuatu. Aku jadi pelik dan tertanya-tanya apa yang mereka kerumuni? Aku pusingkan handle motor dan cuba mendekati,rupanya mereka sedang memilih sayur-sayur dan ikan. Takkan sampai macam tu punya ramai..? Ada dalam 12 orang sedang memililih milih sayuran dan ikan yang mereka hajati di atas rumput yang dihampar dengan helaian guni putih. Aku ingin lihat peniaganya,hebat sangat kah dia ni sampai ramai camtu sekali makcik-makcik ni berkumpul..? Aku cari mana satu orangnya..? Tiada lelaki,semuanya wanita,melayu. Dan akhirnya pandangan tertumpu pada seorang wanita cina yang bertopi dan berumur lingkungan 50an.Owhh...itulah taukenya..betulkah? Atau aku tersilap..? Sambil berlalu,aku teruskan niat asalku untuk ke kedai berdekatan..juga kedai peniaga cina separuh umur yang kami gelarkan "Mak Han" .Nama betul dia aku tatau..kena tanya dia sendiri.DIa ni dari kecil selalu kawan dengan melayu so namanya dan kehidpan harian dia pun dan mcm melayu..cara meniaga pun dah macam melayu. (racist apa.hahahah..aku pun melayu).

Pagi tadi sekali lagi aku ingin kekedai "Mak Han",tapi dihalang oleh mak sebelum sampai ke luar pagar rumah kerana katanya dia sedang tunggu sorang nyonya cina yang berbasikal untuk datang berjualan di kawasan rumah kami.
Aku tanya mak,
" siapa"..?
Mak jawab "nyonya cina yang berbasikal datang jual ikan dan sayur kat sini"..
"berbasikal"...? aku heran..bagaimana menjual barangan dengan hanya berbasikal?

Aku tunggu beberapa ketika sampai nyonya yang dimaksudkan tiba..dari jauh aku lihat seorang wanita tua yang seakan-akan dikenali sedang menuju ke arah kawasn rumah kami. Rupanya nyonya yang semalam aku lihat di belakang kedai "Mak Han" itu.
Sangat ramah orangnya dan masih kelihatan kuat walaupun aku agak usianya dalam sekitar lewat 50an. Sapaan pertama aku..
" jual apa"..? walaupun aku tahu dia mmg menjual ikan tp aku aku lihat macam banyak sangat benda yang tersimpan dan bergantungan di luar dan dalam bakul belakang basikal tuanya itu.

"hang mau apa semua ada sini"..dia kata
lalu dia membuka satu persatu ikatan plastik dalam bakul besarnya..

Ya rabbi..aku terpegun..semuanya ada.

Dibahagian atas - Ikan,udang,santan,bendi,cili,kelapa parut,tomato,tauge,kucai,tauhu,rebung,timun,jagung dan byk lg.

Dibahagian bawah - rempah,kerisik,santan segera,kunyit,belacan,asam,garam dll semuanya ada belaka.

Semua barang basah habis sebelum pukul 11 katanya..

sungguh aku terpegun..
bijaknya nyonya ini....sgguh bijak sekali.
Aku risik-risik ceritanya,dia ada seorang anak yang cacat sebelah mata/penglihatan,yang dahulunya biasa melakukan kerja ini tapi bila dah dapat kerja kilang,anaknya terpaksa berhenti berniaga lalu nyonya ini yang menggantikannya anaknya.
Aku mintak dia datang lagi esok hari..tapi tak berani ganggu kawasan orang katanya.
Aku tahu siapa yg dia takutkan.

Mak shopping 'sakan' pagi tadi..dengan hanya berkos kan RM9.00 mak dapat Ikan kembung segar sekilo,bendi 1 ikat,tomato 8 biji,jagung 5 jantung dan cili merah 10 biji . Mak senyum sampai telinga sebab tak perlu rasa sakit hati lagi dengan "mamat" dan "Mak Han".
"Mamat" peniaga melayu yang kadang-kadang muncul dan kadang-kadang hilang entah kemana. Gah dengan hon peniaga ikan yang selalu kita dengar..pet pet pet..pon pon pon..mcm idlan pon pon. Bunyi saja lebih tapi habuk pun tarak.
"mamat' ni (nama muhamad),bermotorsikal..sejak setahun lalu selalu dtg berjualan di kawasan rumah kami..tp sejak setahun itu jugak la aku dah rasa jemu dengan kerenah dia. Kadang-kadang datang dan kadang-kadang hilang sampai sebulan. Hari datang cuma mampu bawa Ikan kembung,ikan ketol dan udang / ayam.(lately asik bawak ikan kering saja). Bosan..nak tak nak kena juga pegi pasar (malas)atau kedai (cekik darah) "mak Han" itu.

Semasa sedang memasak aku tak henti berfikir kisah nyonya tadi..kenapa la "mamat" tak nak ikut macam nyonya tadi.."Mamat" masih muda,bermotorsikal,kudrat masih kuat tp akalnya sikit kurang. Dari dulu kami dah suruh dia bawa mcm2 sikit kat atas motornya tu tapi perasaan takut ruginya tu masih menebal..disamping alasan tak ckup modal.Typical melayu aku rasa.Bagaimana nak tahu kalo belum cuba..? Adat berniaga mestilah berani menanggung risiko.Macamana nak cukup modal kalau untung 30 belanjanya 50. Mana nak laku kalau hari-hari benda yang sama yang dibawaknya..takkan orang nak beli benda yang sama setiap hari.

Malu ada orang yang sebangsa macam ni.di celah2 itu terfikir juga dengan orang-orang muda yang masih malas bekerja. Sedangkan nyonya tua boleh cari rezeki sedemikian rupa,inikan pula anak muda yang hanya tahu berlagak lawa,hu hu hu ha ke sini sana tanpa ada hala tujuan dan masih tak mampu nak merancang masa depan mereka sendiri.

Diam2 aku kagum dengan nyonya tadi dan anaknya..semoga Tuhan merahmati mereka.
Untuk "mamat"...esok nak bawak apa..? ikan kering lg..?












Wednesday, September 22, 2010

Sewaktu remaja

Masih bercerita tentang masa aku kecik2 dulu ataupun masa zaman muda remaja aku..arini aku free skit sbb lappy aku tgh format,so sementara nak tggu siap tu dan sambung keja,aku guna desktop ni untuk update blog ni sat..heheheh. takpa kann...walaupun nampak cam makan gaji buta skit la. wakakka..

Bukan apa,rasa sakit hati jugak dengan perangai budak2 pompuan zaman skrang.Budak lelaki pun sama lah..nampak meghela semacam. Baru umur 14 tahun dah pandai lari2 ikut jantan.Tak tau apa dalam fikiran depa. Senang2 hati ikut orang yang baru dikenali,boleh pulak sms mak bapak supaya jangan cari. Cukup senang depa pikiaq noo..Adakah mak bapak depa tak kawal anak2 depa dengan betul? atau anak2 depa mmg sukar untuk di kawal..maklumla dalam zaman yang serba canggih dan mencabar ni bukan mudah nak jaga waima seorang anak sekalipun. Sbb tu ramai pasangan muda yg baru kawin la ni tak brapa mau ada ramai anak,susah nak jaga kot,kan?
Kalo masa zaman aku remaja dulu..nak keluaq p kedai pun pak aku tanya macam2 dah.Segala kelakuan dan tindak tanduk kami adik beradik dikawal ketat.Cara berpakaian,dengan sapa kami kawan,mana kami pi..semua dikawal ketat oleh bapak aku. Tambah plak bapak aku garang orangnya..tp kadang2 terlepas gak dr kandang tp takla sampai buat benda2 yang bukan2.

Aku igt lg masa aku darjah 6 kot,aku penah teman cousin perempuan aku pi umah kawan dia,dr pg sampai lewat petang. Bukannya jauh pun,dekat2 situ jugak.(aku masih igt rumahnya).Masa dalam perjalanan balik tu (kayuh gerek,aku bonceng cousin) dalam fikiran aku dah mcm2 aku fikir. MACAM....balik satgi taktau bapak aku ada ka dak? Entah2 bapak aku dok tunggu tang depan pintu? Bapak aku keluaq cari aku apa.?Dekat2 500 meter nak sampai umah dr jauh aku nampak bapak aku sedang pusing2 dengan motor dia dan menghala ke arah kami..dr jauh aku dah nampak dia pandang aku dengan perasaan yang aku tatau nak describe sebagai apa,dan perasaaan aku ketika tu bercampur baur..samada nak lari balik umah atau nak lari patah balik semunyi dalam hutan ka apa.takut gila..dia follow kami sampai umah aku dan suruh aku masuk.

Dan malam tu...mmg aku kena teruk sgt.Sampai bengkak dan berdarah bibir atas aku.Aku igt sampai arini.. dan masih terbayang2 dimata :) Walaupun sedih tp aku tetap igt peristiwa tu sebagai satu pengajaran yang sangat berguna pada aku,dan aku tak pernah berdendam pun sbb aku tahu dengan ketegasan dan kegarangan dia tu yang menjadikan aku adik beradik sangat berjaga2 dalam batas pergaulan kami.Walaupun ramai sedara mara yang mengatakan bapak aku ortodoks,ketinggalan zaman,kuno,kekampungan dan suka mengongkong anak2 tp bila dah besar baru aku faham kenapa bapak aku apply benda tu pada kami adik beradik.

Impian DSLR

Sojak den umor 19 tahun lg den mmg minat dengan fotografi..den gilokan camera canggih tp sampai sekarang pun den lom ponah ada walo sebijik kamera sekalipun samada yang pakai kodak cam dulu2 tu mahupun yang digital apatah laie DSLR.hahahaha..lawak2. Semua pic2 yg den amik mesti pakai kamere pinjam ataupun kamera hp cap ayam den.
Den ingat laie masa den umo 19 ke 20 thn tah den ponah apply uitm course seni fotograpi tp bapak den marah sbb dia kata kursus apo ko bondo yang ko hamik tu..? kena beli kamera mahal2 dan peralatan2 lain yg dia kata mengarut. So den pun cancel antar borang tu...den apply course lain dan dapat pulak course lain (chef). last2 mana pun den tak pi..padan muko den.

Masa tu jugak sorang kawan lama den dpt kursus seni fotografi kat uitm shah alam.1st assgment dia ialah snappy2 model utk pakaian Batik. So ms tu dia ajak den dan sorang kawan baik den (yang nak jadi model batik tu) ke pust krfatngan kat jalan Hutan Kampung sana.Lawak betul den waktu tu sbb yang jadi model tu ok la..yg peneman ni yang lorat sama nak jadi model.Sebenarnya den teringin nak merasa DSLR tu tp apakan daya member den tu tak semawa pun den pagang DLSR dia..so merasa la den makan ati walopun den tahu dia sedar den dok asik menyendeng je kat kamera dia.

nanti den upload gambar tu kat sini..

Masa tu thn 2000 DSLR mmg tgh femes,zaman kemunculan DSLR baru bermula time tu..lepas tu senyap dan skrang ni dah dtg semula. So keghairahan den utk memiliki DSLR kembali memuncak semula,tapi mcm susah je nak dpt. Ongkosnya tak penah nak ckup..actually masih byk lg benda yg penting dan mustahak yang perlu den pikirkan utk beli,so simpan dulu la impian DLSR den itu.

semoga impian menjadi nnyata..

ini adalah antara pic2 kesukaan den yang den penah snap tak kisahla dgn kamera pinjam mahupun kamera hp cabuk je.