Sunday, October 31, 2010

Quote of the day


Jika Anda menginginkan sesuatu yang belum pernah anda miliki, Anda harus bersedia melakukan sesuatu yang belum pernah Anda lakukan.

If you want something you’ve never had, you must be willing to do something you’ve never done.

~ Thomas Jefferson


Keroje

its a rainy day..all day long hanya bertemankan bunyi hujan saja.
Arini aku dah sampai rumah,selepas 2 hari setengah "bercuti" sambil melawat anak sedara di SP. SP ja pun aku cuti..kalo dia dok Singapore pun aku pi.Ingat apa..takleh pi ka.hehehe..cuti 2 hari ni aku abiskan dengan anak sedara je dia rumah sambil berehat dari bekerja..tapi..
Nak tergelak sendiri pun ada bila cakap pasal kerja ni..aku apply cuti 3 hari konon nak hilangkan stress dan penat pikir psl kerja tapi selangkah masuk dalam keta untuk bertolak,dah macam-macam panggilan dan sms yang masuk.Aku buat bodo ja,tapi bila dah selangkah lagi masuk dalam "tempat percutian" still ada panggilan lagi nak tak nak kena la jawab jugak.tak patut plak rasa nak ignore.
Yang pedih sekali bila kena perli dengan adik bradik,time cuti pun usung laptop.Macam best! hahhaha..best la sangat. Abeh camno..?
Sebab tu aku malas nak apply cuti,cuti ke tak sama ja. Beza nya cuma aku dok dekat dengan dok jauh,otak masih berseliratan dengan perkara kerja dan masalah kerja. Bak kata M.Zain dalam filem labu labi...


Selagi belum tutup mata,kerja,kerja,kerja...



Bulan 12 mungkin boleh bercuti panjang,Insyallah.




Monday, October 25, 2010

Peace

Sun-Tzu pernah berkata....

Keep Your Friends Close,And Your Enemies Closer
Jadi,berbuat baik kepada semua orang adalah perkara yang paling aku suka,mengikut seperti saranan Zun-Tzu itu.Tapi tanpa kita sedar,berbuat baik secara terlampau adalah sebenarnya memberikan kelebihan kepada orang yang tidak suka kepada kita secara diam-diam untuk mengambil ruang dan peluang untuk menyakiti kita.Seperti kata pepatah,seperti gunting dalam lipatan atau api dalam sekam yang tanpa kita sedari secara slow motion nya telah menjadi duri dalam daging kepada kita.
Api dalam sekam,duri dalam daging,gunting dalam lipatan...or whatever it is,adalah sama maksudnya dengan orang yang baik dengan kita tetapi sanggup membuat perkara-perkara yang sangat melukakan hati kita.
10 tahun di sini,aku mengumpul ramai kenalan,dan tanpa aku sedari..sebenarnya aku juga mengumpul ramai musuh.Aku baik dengan semua orang..aku meletakkan diri aku serendah rendahnya untuk mereka walaupun secara officialnya aku adalah berhak untuk berada lebih tinggi dari mereka. 
10 tahun mungkin singkat,tapi jika dihitung musuh yang telah aku cipta hasil dari kerjaya aku ini agak banyak.Manusia sememangnya tak sama,apa yang kita rasa betul tak semestinya boleh diterima oleh orang lain begitu juga sebaliknya.
Bermusuh bukanlah menjadi pilihan aku,tapi mereka telah memilih begitu.Aku sendiri tak faham kenapa.Orang lain yang telah memberikan aku laluan untuk aku mencipta musuhku sendiri. Bukan kemahuan aku.
Mungkin kerendahan hati aku belum bagus dalam penilaian mereka,akhirnya mereka memilih untuk bermusuh dengan aku.Terpulang pada mereka..


Forgive your enemies,but never forget their names - John F. Kennedy,1917

Luckilly,i choose to forget their names...



Sunday, October 24, 2010

Aku yang di ajar tentang ketabahan

Kot mana pun takpa.

Heran,heran....
Saya agak heran gak la,selama saya dok kerja tak pernah lagi orang kata saya nak tunjuk terra.(terror).
Saya kerja lama dah gak la,ada dekat 10 tahun..10 tahun tu memang saya dok bergelumang dengan menatang ni ja (komputer),jadinya...saya agak pro jugak sikit-sikit. Tak banyak pun aih,sikit ja.
Lepas tu,saya jadi heran bila orang kata saya nak tunjuk terra. Ikshh pelik sungguh la. Saya buat kerja saya ja,mai kot celah mana saya nak tunjuk terra nya. Saya bukan kacau orang pun,saya dok dalam tempat kerja saya,saya buat kerja yang dah jadi tanggungjawab saya la..rutin saya. Bukan saya pi dok tengah jalan buat demo ka apa,camtu buleh la nak kata saya nak tunjuk terra. heheheh..

Pelik sungguh kadang-kadang dengan manusia ni..ada saja hat tak betoi. Saya buat kerja pun depa kata, tak buat lagi la depa kata. Baru ja dok posting pasai mengata dan berkata-kata, ni dah ada dok dengaq bunyi-bunyi ayam serama dah kot tepi-tepi telinga.
 Saya ni kalau nak ikut ,takpa. Saya camana pun takpa,ikut hampa la nak kata apa.Bukan mulut saya pun,mulut hampa.Kalo mulut saya menguap saya  bleh katup sendiri,kalo mulut hampa,hampa menguap ka hampa katup sendiri la. Kalo busuk mulut hampa,tapak tangan hampa gak yang bau nanti.



Saya cena takpa...hahahha

vs VS vs

Kalau dah bukan rezeki kita,kat dalam mulut pun masih boleh terkeluar..begitu kata-kata yang menggambarkan bahawa belum tentu sesuatu yang kita inginkan walaupun penat kita usahakan akan menjadi milik kita. Sedangkan yang dalam mulut pun boleh terluah apatah lagi sesuatu yang masih belum kita tokak pun..hehehehe.

Rezeki...! Bergantung kepada banyak mana kita berusaha dan bagaimana kita mengusaha. Dalam perniagaan contohnya ada naik dan turun ,tak semestinya apa yang kita niagakan akan menjadi pilihan semua orang. Penjualan adalah penawaran,penawaran mestilah pelbagai.Tidak hanya dengan satu benda,selalunya manusia sukakan variasi,jadi memilih adalah perkara yang mereka paling suka.Maka,kita tidak boleh mendakwa bahawa kita telah beri semua apa yang mereka suka,sedangkan kadangkala mereka masih mahu mencari apa yang kita tiada.
Persaingan pastinya menjadi perkara utama dalam perniagaan.Bagi aku persaingan adalah perkara yang bagus. Dari situ kita boleh menilai di mana kelemahan dan kekurangan kita.Di situ juga kita dapat melihat sedikit kelebihan kita jika ada.Jadi mengapa mesti takut pada persaingan? Bersaing lah secara sihat,kalau itu dapat memberikan kita manfaat apa salahnya.
Cakap pasal bersaing,ada di antara rakan-rakan juga sekarang ini sedang bersaing dengan rakan-rakan yang lain dalam banyak perkara. Tak mau lah sebut benda apa...hahahha. 
Dalam kehidupan seharian,hubungan sesama insan semestinya ada sedikit sebanyak persaingan.Tak salah kalau bersaing untuk merebut apa yang kita suka,asalkan jangan gunakan bomoh! tak fair la camtuh. hahahaha..


Selamat bersaing!


Thursday, October 14, 2010

Katakanlah

Orang selalu kata...


"Mengata jangan belakang-belakang..nak kata kata depan-depan."


Tapi bila dah kata depan-depan tu bukan dipanggil mengata dah. Tu di panggil meng"habaq bagi". Hahahaa..
Pelik sikit bila hat suka dok mengata tu kata..


"saya tak pernah kata kat orang,orang yang selalu dok kata kat saya"

Dia tak sedar yang benda yang tengah dia dok cakap tu pun sebenarnya mengata.Jangan hipokrit lah,mana ada orang dalam dunia ni yang tak pernah kata kat orang lain.Samada berdepan ataupun secara belakang.
Aku pun penah kata kat orang.. hampa tak penah? muhong! hahahah..
Aku pun tau kawan-kawan aku pernah mengata kat aku..aku pun pernah kata kat depa..sama ja.

Bercakap mengenai orang lain adalah dipanggil mengata.Mengata dalam bahasa melayu baku nya ialah Mengumpat aka bercerita mengenai perihal orang lain samada perkara itu berkaitan dengan perkara baik ataupun buruk.
Pada aku,lantak pi la sapa nak kata apa kat aku pun..psai aku pun dok kata kat depa gak. Sapa pun tak rugi apa-apa..asalkan aku tau apa yang aku kata tu mengenai apa dan apa sebabnya. Orang lain nak kata macamana dekat aku..urusan depa dengan Tuhan.Macam tu jugak aku.

Saturday, October 9, 2010

just call my name



Just call my name and ill be there..

ayat yang selalu bermain di jari dan bibir sejak 4,5 hari ni. ENtahla,suka ayat tu. Sedap disebut,simple and just nice..but its have a lot a of meaning..and sarcarsm. i love being sarcastic..ehh takkan baru kenal aku.

Untuk sesetangah yang telah lama mengenali juga,aku memang boleh dikategorikan dalam kategori suka membantu. I love to helping people who need my help. Terasa diri sangat puas kalau dapat membantu.Sejak dulu..aku memang tak pernah berkira kudrat dan wang ringgit. Syukur pada Allah SWT kerana memberikan aku kelebihan itu walaupun dalam banyak perkara aku masih berada dalam kekurangan.Allah maha berkuasa,DIA telah memberikan sesuatu yang aku ada dan orang lain tiada begitu jua sebaliknya. Jadinya, dalam banyak-banyak perkara..menolong orang adalah salah satu dari kebaikan yang aku ada dan aku sering gunakannya.

cuma kebelakangan ini..aku ralat. Aku banyak menolong orang,tapi berapa banyak orang yang menolong aku? Siapa yang ada tatkala bantuan diperlukan...? Ustaz kat sekolah dulu dulu pernah kata..menolong orang biar ikhlas. Jangan minta balasan..ya itu betul. Tak pernah pula aku meminta balasan apalagi mendapat balasan. UStaz tu tak kata plak..kalo tak dapat balasan di dunia akan dapat balasan di akhirat. Mungkin dia lupa nak sebut atau aku yang lupa nak dengar.

Keralatan ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini..tak tahu kenapa. MAybe sebab aku dah tak terdaya nak menolong lagi. Dah habis quota pertolongan. Aku pula perlu pertolongan..siapa yang mahu menolong aku..? Siapa..siapa siapa...ada ka.?


Sunday, October 3, 2010

Perjuangan yang belum selesai

Percintaan adalah satu perjuangan..pernah dengar?
aku sendiri belum faham secara mendalam dengan maksud tersebut...ada kena mengena perjuangan dalam percintaan? mungkin perjuangan untuk menakluki hati pasangan atau berjuang untuk dapat memiliki sepenuhnya hati dan diri sang kekasih hati.

Andai kata percintaan adalahh salah satu dari unsur perjuangan,jadi aku masih belum pernah berjuang.Owhh..Mungkin pernah satu ketika dulu,semasa zaman-zaman jerawat masih segan-segan mahu tumbuh di muka.

Aku ada rakan-rakan yang sedang berjuang dalam medan percintaan. Kesian mereka..tidaklah aku boleh membantu,mereka sedang berjuang sendiri jadi biarkan mereka berjuang hingga ke titisan darah terakhir.Aku juga masih belum cukup senjata untuk membantu,ilmuku juga belum pernah sampai peringkat Guru.JAdi aku hanya berdoa agar perjuangan mereka berbaloi. Ayat klise ku - sabarlah dalam menempuhi cabaran dalam perjuangan. Doaku semoga semua beroleh kemenangan.


teringat kata-kata DR. M - Perjuangan kita belum selesai.