Semasa hendak ke kedai pagi semalam, aku ternampak sekumpulan makcik-makcik dari kawasan perumahan berdekatan sedang mengerumuni sesuatu. Aku jadi pelik dan tertanya-tanya apa yang mereka kerumuni? Aku pusingkan handle motor dan cuba mendekati,rupanya mereka sedang memilih sayur-sayur dan ikan. Takkan sampai macam tu punya ramai..? Ada dalam 12 orang sedang memililih milih sayuran dan ikan yang mereka hajati di atas rumput yang dihampar dengan helaian guni putih. Aku ingin lihat peniaganya,hebat sangat kah dia ni sampai ramai camtu sekali makcik-makcik ni berkumpul..? Aku cari mana satu orangnya..? Tiada lelaki,semuanya wanita,melayu. Dan akhirnya pandangan tertumpu pada seorang wanita cina yang bertopi dan berumur lingkungan 50an.Owhh...itulah taukenya..betulkah? Atau aku tersilap..? Sambil berlalu,aku teruskan niat asalku untuk ke kedai berdekatan..juga kedai peniaga cina separuh umur yang kami gelarkan "Mak Han" .Nama betul dia aku tatau..kena tanya dia sendiri.DIa ni dari kecil selalu kawan dengan melayu so namanya dan kehidpan harian dia pun dan mcm melayu..cara meniaga pun dah macam melayu. (racist apa.hahahah..aku pun melayu).
Pagi tadi sekali lagi aku ingin kekedai "Mak Han",tapi dihalang oleh mak sebelum sampai ke luar pagar rumah kerana katanya dia sedang tunggu sorang nyonya cina yang berbasikal untuk datang berjualan di kawasan rumah kami.
Aku tanya mak, " siapa"..?
Mak jawab "nyonya cina yang berbasikal datang jual ikan dan sayur kat sini"..
"berbasikal"...? aku heran..bagaimana menjual barangan dengan hanya berbasikal?
Aku tunggu beberapa ketika sampai nyonya yang dimaksudkan tiba..dari jauh aku lihat seorang wanita tua yang seakan-akan dikenali sedang menuju ke arah kawasn rumah kami. Rupanya nyonya yang semalam aku lihat di belakang kedai "Mak Han" itu.
Sangat ramah orangnya dan masih kelihatan kuat walaupun aku agak usianya dalam sekitar lewat 50an. Sapaan pertama aku.." jual apa"..? walaupun aku tahu dia mmg menjual ikan tp aku aku lihat macam banyak sangat benda yang tersimpan dan bergantungan di luar dan dalam bakul belakang basikal tuanya itu.
"hang mau apa semua ada sini"..dia kata
lalu dia membuka satu persatu ikatan plastik dalam bakul besarnya..
Ya rabbi..aku terpegun..semuanya ada.
Dibahagian atas - Ikan,udang,santan,bendi,cili,kelapa parut,tomato,tauge,kucai,tauhu,rebung,timun,jagung dan byk lg.
Dibahagian bawah - rempah,kerisik,santan segera,kunyit,belacan,asam,garam dll semuanya ada belaka.
Semua barang basah habis sebelum pukul 11 katanya..
sungguh aku terpegun..
bijaknya nyonya ini....sgguh bijak sekali.
Aku risik-risik ceritanya,dia ada seorang anak yang cacat sebelah mata/penglihatan,yang dahulunya biasa melakukan kerja ini tapi bila dah dapat kerja kilang,anaknya terpaksa berhenti berniaga lalu nyonya ini yang menggantikannya anaknya.
Aku mintak dia datang lagi esok hari..tapi tak berani ganggu kawasan orang katanya.
Aku tahu siapa yg dia takutkan.
Mak shopping 'sakan' pagi tadi..dengan hanya berkos kan RM9.00 mak dapat Ikan kembung segar sekilo,bendi 1 ikat,tomato 8 biji,jagung 5 jantung dan cili merah 10 biji . Mak senyum sampai telinga sebab tak perlu rasa sakit hati lagi dengan "mamat" dan "Mak Han".
"Mamat" peniaga melayu yang kadang-kadang muncul dan kadang-kadang hilang entah kemana. Gah dengan hon peniaga ikan yang selalu kita dengar..pet pet pet..pon pon pon..mcm idlan pon pon. Bunyi saja lebih tapi habuk pun tarak.
"mamat' ni (nama muhamad),bermotorsikal..sejak setahun lalu selalu dtg berjualan di kawasan rumah kami..tp sejak setahun itu jugak la aku dah rasa jemu dengan kerenah dia. Kadang-kadang datang dan kadang-kadang hilang sampai sebulan. Hari datang cuma mampu bawa Ikan kembung,ikan ketol dan udang / ayam.(lately asik bawak ikan kering saja). Bosan..nak tak nak kena juga pegi pasar (malas)atau kedai (cekik darah) "mak Han" itu.
Semasa sedang memasak aku tak henti berfikir kisah nyonya tadi..kenapa la "mamat" tak nak ikut macam nyonya tadi.."Mamat" masih muda,bermotorsikal,kudrat masih kuat tp akalnya sikit kurang. Dari dulu kami dah suruh dia bawa mcm2 sikit kat atas motornya tu tapi perasaan takut ruginya tu masih menebal..disamping alasan tak ckup modal.Typical melayu aku rasa.Bagaimana nak tahu kalo belum cuba..? Adat berniaga mestilah berani menanggung risiko.Macamana nak cukup modal kalau untung 30 belanjanya 50. Mana nak laku kalau hari-hari benda yang sama yang dibawaknya..takkan orang nak beli benda yang sama setiap hari.
Malu ada orang yang sebangsa macam ni.di celah2 itu terfikir juga dengan orang-orang muda yang masih malas bekerja. Sedangkan nyonya tua boleh cari rezeki sedemikian rupa,inikan pula anak muda yang hanya tahu berlagak lawa,hu hu hu ha ke sini sana tanpa ada hala tujuan dan masih tak mampu nak merancang masa depan mereka sendiri.
Diam2 aku kagum dengan nyonya tadi dan anaknya..semoga Tuhan merahmati mereka.
Untuk "mamat"...esok nak bawak apa..? ikan kering lg..?