Sungguh skema ayatku..muahahah.
Oktober bulan pantas..taktau kenapa aku rasa macam cepat sangat Oktober berlalu tanpa sebarang tanda dan jejak kenangan manis yang aku tinggalkan dibulan itu.
November sudah menunjukkan muka,banyak perancangan yang belum menjadi.Agenda yang belum di diskusi,perkara yang belum selesai dan penangguhan yang sangat banyak. Pening ..pening..mana satu hendak di fikirkan.
Dateline!! Perkataan yang sangat sesuatu..perkataan yang sering menolak aku dari belakang dan menarik aku dari hadapan sehingga aku sering berlari dan tercungap-cungap.Kadangkala aku terjatuh dan dah tak mampu untuk bangun semula tapi bila memikirkan dateline,aku gagahi bangun untuk mengejar beliau.
Better late than nothingboleh pakai..? Ok la dari takdak langsung kan.Betul,manusia yang berjaya adalah manusia yang sering menepati masa,tetapi kena fikirkan jugak kesukaran yang di alami.Ya,yaa..manusia yang berjaya ialah manusia yang kurang memberi alasan tetapi banyak berusaha.Berusaha berusaha dan berusaha,ayat klise untuk orang-orang yang macam aku.Independent..mereka semua nun jauh di sana,bersama-sama..tapi aku seorang diri di sini pecah kepala. Malang sungguh jika masih ada yang berkata bahawa aku tidak pernah berusaha.
November mungkin juga akan sepantas Oktober jika aku tidak berusaha.Tekad untuk melangsaikan apa yang terhutang dan menutup mulut-mulut mereka yang selalu terbuka untuk berkata-kata nista.Disember akan menjadi penghujung segala derita.
Insyallah jika tuhan mengizinkan.
No comments:
Post a Comment