Saturday, November 20, 2010

Berganti hati

Bagaimana harus berganti hati..tak mahu yang ini lagi.

Aidil Adha dah berlalu pergi,sejak malam td..kata orang Aidil Adha kurang meriah berbanding Aidil fitri,tapi bagi aku untuk tahun ini adalah terjadi yang sebaliknya. Aidil Adha agak meriah,berbanding Aidil fitri.masing-masing sibuk nak buat jemputan makan-makan dirumah masing-masing,which is..bagus bagi aku. Boleh mengeratkan silatulrahim sesama saudara bila semua saudara saling kunjung mengunjung.
2,3 hari ni juga badan rasa tak sedap..sakit kepala,loya-loya..mungkin banyak makan menu korban. Bagi sesetengah orang,penyakit tidak menghalang mereka dari makan,begitu juga aku.Tapi bila dah sakit,baru rasa menyesal..sikit ja la menyesal.Lepas tu makan lagi...

Jemputan kenduri perkahwinan rakan-rakan dan saudara juga banyak.Tak tahu jika berkesempatan menghadirkan diri.Banyak jemputan maknanya banyak makanan,banyak makanan tentu banyak makan,bila banyak makan tentu banyak yang akan "naik"..hahahaha. Baju dah tak muat,so kena control mana yang tak perlu makan,baik jangan makan.

Ketenteraman hati - agak gusar sepanjang minggu,selain dari masalah kewangan ada juga perkara yang mengganggu fikiran.Aku akan cuba berlagak selamba,selagi termampu.
Kawan-kawan - need to find someone new.Tidak menjadi kesalahan untuk make a new friend kan. Tak boleh bergantung dengan seorang dua yang kadang-kadang tak pernah ingatkan kita pun. Ataupun lebih baik tak payah berkawan,habis kerja duduk saja di rumah,sembang-sembang dengan mak sampai tertido. Hari minggu boleh rehat,tengok tv sampai mata lebam. Itukan lebih seronok..mungkin.Bunyi macam kecewa je..YES i am.

Quote di atas tadi saja letak,sebab suka dengan lagu tu. Lagu berganti hati dari Anggun C Sasmi. Teringat seorang rakan lama yang aku rosakkan kaset Anggun yang dia baru beli.Talinya kusut selepas aku mainkan di radio buruk aku.Mujur dia tak marah.
Tapi bagaimana mahu berganti hati...? kalaulah boleh cubit tauk buang,nak aja aku gantikan yang baru. yang fresh dan masih berbau kedai.Akan aku jaga dan pastikan ia sihat,segar dan terlindung dari segala benda yang mengotorkan.Bagaimana harus aku berganti hati..? Sungguh aku dah tak mahu yang ini lagi...

No comments:

Post a Comment