Kalo hampa minat majalah kartun humor,mesti hampa tau tajuk ni asainya mai dari tajuk salah sebuah kartun di Majalah Gila-Gila..itu ini begitu begini ni kartun tanpa dialog,cuma ada tunjuk pergerakan kartun yang ckup lawak.
Sesuai dengan tajuk..kisah itu ini begitu begini nih memang macam-macam.Macam-macam sangat sampai jadi pelik-pelik.Kepelikan yang sangat buat aku menyampah,bukan kategori humor lagi dah.Honestly,Tak larat nak handle lagi.Sesungguhnya aku mengharapkan semua ni berakhir dengan segera,secepat yang boleh. Kemudian,dengan rela hati,aku akan lepaskan semuanya pergi.Bina hidup yang baru.Bermula dari bawah pada usia yang semakin senja..Haahahahha.Atau mungkin aku dah ready untuk membina kehidupan baru bersama orang yang baru..? adakah...? Hahahaha..mungkin, no one knows.
Bercakap mengenai humor,ramai kawan kata aku mempunyai sifat humor yang tinggi.Ohh..I take it as a compliment.Sebenarnya aku lebih suka bersarkastik..orang Kedah kata camdik.Tapi dalam kategori melawak,sebab aku cukup takut kalau kata-kata aku boleh mengguris hati dan perasaan orang lain.
By the way,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Biarpun kau lawak tahap din beramboi sekalipun,kalau sampai ketika ko ada masalah..memang takleh nak berlawak-lawak dah.Silap-silap ada yang makan kaki.
Jumaat ni ada gathering bersama family di Penang,aku akan pergi tapi dengan perasaan yang bercampur baur.Gembira sikit campur tension campur marah campur kecewa campur bosan campur sedih campur tekanan campur penat.Semuanya bercampur menjadi satu perkataan = Blur.
Semoga Penang memberikan satu pemulihan ke atas otak dan urat sarafku.

esok ke nak ke penang? gadering family seopisjabat ke serumah tongkang serumah jitra serumah gurun sahara serumah putrijaya presint 1???
ReplyDeleteactually bkn la gath sgt pun hahahah...family muna ajak kak pi penang,family dia dgn dgn family yati ja. Ita tak ikut sbb kerja...
ReplyDeletepasai pa bercampur campur perasaan,,xpa nti kta rsa air btu cmpur penang.ukna luahkn bru lega..
ReplyDelete