Monday, November 29, 2010

Sudah sampai sini

Lama sudah tidak mengupdate..memandangkan blogger.com tidak dapat dimasuki semasa di ofis(block apa kegajahnya ntah la kot)..so kena tggu balik kerja malam2 baru dapat update pakai berokband,dan dah semestinya malas untuk aku lakukan.
harini melakukan lawatan ke cyber Bkt Tembaga dan Pedu..perghhh kepenatan duduk diseat belakang lebih terasa melebihi driver lagi. hahahhaa..

Habis lawatan,sempat jua mengulorr ke Tasik Pedu snappy2 picture yang sangat wowww mata memandang..







Terasa damai dihati melihat kehijauan rimba dan tasik yang jernih ayaqnya...tapi sayang telah menjdi sebuah kawasan yang ditinggalkan begitu saja tanpa pengawasan dan penjagaan.

Besok- sambungan Outstation di Penang,projek memasang Acer di Politeknik Sbrg Prai.Haritu balik hari,juga sempat mengulor ke seberang tambak.Esok,akan pergi lagi dan maybe bermastautin disana selama beberapa hari sehingga selesai kerja.Kedengaran agak meletihkan,dan dah terbayang dimata susunan kotak-kotak Acer yang berpuluhan (sebenarnya ratusan tapi ada yg dah disiapkan awal) yang bakal diselenggarakan.Duhh...aku rasa habis kerja,aku tido terus kot malas outing sebab mesti badan penat.
Sudah sampai sini..mau tidoq awal kerna esok kena bgn subuh2 gajah untuk bertolak..sampai jumpa lagi selepas pulang dr penang.

Monday, November 22, 2010

Hand In My Pocket




i love this song..the lyrics is so mean to me. the 1st time i heard this song when i was at 18 years old,till now its still refreshing my mind.





Sunday, November 21, 2010

my daddy says....

My late father was told me...hati kena kuat,jangan mudah terpedaya dengan hasutan dan adu domba dari macam-macam orang. Mula-mula aku tak paham,tapi lepas aku tanya kawan aku apa makna adu domba baru aku paham..hahahahhaa.
Beliau berkata begitu semasa aku mula-mula nak masuk kerja di Pustaka Union Alor Star pada tahun 1997.Beliau sangat garang dan sering mengawal pergaulan kami adik beradik. Jadi bila aku memberitahu untuk bekerja semasa menunggu keputusan SPM,beliau mula-mula tak benarkan,kemudian selepas dipujuk dan menketegaqkan diri,akhirnya beliau benarkan tapi dengan syarat beliau akan hantar pergi dan balik.Jadi,berhantarlah aku pergi dan balik kerja,walaupun jarak cuma 10km tak sampai,kami mengambil masa 20 minit untuk sampai ke tempat kerja(dia bawak slowwwwwwwwww..huhuhuhu).
Sehingga kini aku pegang kata-kata itu.Sungguh benar bagai dikata..kalau kita senang dipengaruhi,kita akan berubah sekelip mata.Tanpa kita sedari,kita telah mengguris hati orang lain dengan perubahan diri kita hasil dari hasutan orang lain.Aku telah merasainya...

Tanpa pendirian tetap,hati manusia pasti berubah apalagi jika setiap hari ada manusia jahat yang berlumba-lumba untuk meracuni fikiran.Aku takut jika aku sebahagian daripadanya dan aku Kesal jika ini pernah terjadi pada yang lain diluar sana.
Kuatkanlah hatimu,tetapkan pendirianmu..bertahanlah dan bertabahlah dengan apa yang akan kau lalui.Jangan sesekali terpedaya dengan kata-kata nista dan adu domba yang sering diperdengarkan kepadamu.


Saturday, November 20, 2010

Berganti hati

Bagaimana harus berganti hati..tak mahu yang ini lagi.

Aidil Adha dah berlalu pergi,sejak malam td..kata orang Aidil Adha kurang meriah berbanding Aidil fitri,tapi bagi aku untuk tahun ini adalah terjadi yang sebaliknya. Aidil Adha agak meriah,berbanding Aidil fitri.masing-masing sibuk nak buat jemputan makan-makan dirumah masing-masing,which is..bagus bagi aku. Boleh mengeratkan silatulrahim sesama saudara bila semua saudara saling kunjung mengunjung.
2,3 hari ni juga badan rasa tak sedap..sakit kepala,loya-loya..mungkin banyak makan menu korban. Bagi sesetengah orang,penyakit tidak menghalang mereka dari makan,begitu juga aku.Tapi bila dah sakit,baru rasa menyesal..sikit ja la menyesal.Lepas tu makan lagi...

Jemputan kenduri perkahwinan rakan-rakan dan saudara juga banyak.Tak tahu jika berkesempatan menghadirkan diri.Banyak jemputan maknanya banyak makanan,banyak makanan tentu banyak makan,bila banyak makan tentu banyak yang akan "naik"..hahahaha. Baju dah tak muat,so kena control mana yang tak perlu makan,baik jangan makan.

Ketenteraman hati - agak gusar sepanjang minggu,selain dari masalah kewangan ada juga perkara yang mengganggu fikiran.Aku akan cuba berlagak selamba,selagi termampu.
Kawan-kawan - need to find someone new.Tidak menjadi kesalahan untuk make a new friend kan. Tak boleh bergantung dengan seorang dua yang kadang-kadang tak pernah ingatkan kita pun. Ataupun lebih baik tak payah berkawan,habis kerja duduk saja di rumah,sembang-sembang dengan mak sampai tertido. Hari minggu boleh rehat,tengok tv sampai mata lebam. Itukan lebih seronok..mungkin.Bunyi macam kecewa je..YES i am.

Quote di atas tadi saja letak,sebab suka dengan lagu tu. Lagu berganti hati dari Anggun C Sasmi. Teringat seorang rakan lama yang aku rosakkan kaset Anggun yang dia baru beli.Talinya kusut selepas aku mainkan di radio buruk aku.Mujur dia tak marah.
Tapi bagaimana mahu berganti hati...? kalaulah boleh cubit tauk buang,nak aja aku gantikan yang baru. yang fresh dan masih berbau kedai.Akan aku jaga dan pastikan ia sihat,segar dan terlindung dari segala benda yang mengotorkan.Bagaimana harus aku berganti hati..? Sungguh aku dah tak mahu yang ini lagi...

Monday, November 8, 2010

Luncai

Perasaan ~ Arini aku rasa sedih,aku tatau aku sedih pasaipa tapi aku rasa satu perasaan yang sangat sedih.
taktau lagu mana nak describe,tapi yang aku tau aku rasa sedih.
Orang kata perasaan ni tak buleh di layan sangat,kadang-kadang dia ok kadang-kadang dok tak dok dia jadi macam gila meroyan sedih tak tentu pasal. Tapi aku belum gila lagi,cuma tatkala ini aku rasa sangat sedih. Mungkin aku tau sebab apa,tapi aku tak pasti samada memang betoi aku sedih pasal tu atau pasal apa..aku sendiri tak sure.heheehhe..buleh lagu tu?

Frustrated ~ meluat bila kena pikiaq pasai orang lain.Kecewa bila budi yang kita tanam,tapi taik kambing yang tumbuh, bukan buah stoberi.Nak kata haram jadah,kasar sangat bunyinya. Tapi itu saja yang termampu aku menyumpah dalam hati. Kadang rasa nak lari dari semua ni.Lupakan semua yang ada dan bina kehidupan baru. Biar susah semula,asalkan dapat lari dari semua ini. Aku di ajar supaya menjadi baik dan berbuat baik.Baik pada semua orang disekeliling. Aku mengaplikasikan benda tu,tapi masih ada yang tak puas hati.Kesempatan di ambil ke atasku,aku pasrah selalu.Tapi bila sesekali aku teringin untuk bersuara,ternyata suaraku tidak pernah di dengari,akhirnya ia memakan diriku sendiri.

Pasrah ~ bukan macam dalam cerita yusuf haslam,cerita hidup aku lari banyak dari filem usop aslam itu.Aku selalu memikirkan tentang diri aku. Tapi conclusionnya hanya 70%  berpihak kepadaku dan selebihnya kepada orang lain.Aku mahu 100%. Aku bukan selfish,walau pernah cuba belajar menjadi seperti itu.Umpama mengail ikan di kolam,dapat seekor,tetapi mahu dikongsi dengan 30 orang.Sedih..

beralah bukan kalah tapi tidak mahu mengusutkan keadaan.Susah untuk membenci orang lain kalau hanya untuk perkara yang kecil.jadi aku terpaksa biarkan,si luncai terjun dengan labu labunya ..biarkan..biarkann,sedang aku hanya melihat dari daratan..biarkann biarkannn

Monday, November 1, 2010

Oktober berlalu pergi

Sungguh cepat masa berlalu..ku rasakan baru mengapai Oktober,harini dah masuk November.
Sungguh skema ayatku..muahahah.
Oktober bulan pantas..taktau kenapa aku rasa macam cepat sangat Oktober berlalu tanpa sebarang tanda dan jejak kenangan manis yang aku tinggalkan dibulan itu.
November sudah menunjukkan muka,banyak perancangan yang belum menjadi.Agenda yang belum di diskusi,perkara yang belum selesai dan penangguhan yang sangat banyak. Pening ..pening..mana satu hendak di fikirkan.
Dateline!! Perkataan yang sangat sesuatu..perkataan yang sering menolak aku dari belakang dan menarik aku dari hadapan sehingga aku sering berlari dan tercungap-cungap.Kadangkala aku terjatuh dan dah tak mampu untuk bangun semula tapi bila memikirkan dateline,aku gagahi bangun untuk mengejar beliau.
Better late than nothing
boleh pakai..? Ok la dari takdak langsung kan.Betul,manusia yang berjaya adalah manusia yang sering menepati masa,tetapi kena fikirkan jugak kesukaran yang di alami.Ya,yaa..manusia yang berjaya ialah manusia yang kurang memberi alasan tetapi banyak berusaha.Berusaha berusaha dan berusaha,ayat klise untuk orang-orang yang macam aku.Independent..mereka semua nun jauh di sana,bersama-sama..tapi aku seorang diri di sini pecah kepala. Malang sungguh jika masih ada yang berkata bahawa aku tidak pernah berusaha.
November mungkin juga akan sepantas Oktober jika aku tidak berusaha.Tekad untuk melangsaikan apa yang terhutang dan menutup mulut-mulut mereka yang selalu terbuka untuk berkata-kata nista.Disember akan menjadi penghujung segala derita.
Insyallah jika tuhan mengizinkan.

Kipas susah mati P.Ramlee

Bulan ni kan bising kat tv pasal bulan P.Ramlee...siap ada lagu tribute utk P.Ramlee,siaran radio yang pasang lagu-lagu P.Ramlee dan sebagainya. Aku memang peminat tegar cerita P.Ramlee..walaupun dah 476 kali di ulang tayang kat tv,aku still nak kena tgk jugak walaupun tak sampai abis. Kira buleh layan la daripada aku nak layan cerita-cerita Indon yang tak tau pucuk pangkalnya tu.
Aku suka filem P.Ramlee,dan P.Ramlee itu sendiri.Dulu kat library aku pernah pinjam buku pasal riwayat hidup P.Ramlee..memang layan abis. 2 jam aku baca sampai abis,siap khatam balik lagi plak kot atas.Kisah bagaimana P.Ramlee dapat idea untuk tulis skrip,kisah dia dengan Saloma dan rakan-rakan dan lain-lain lagi.

Seriously, sejak aku sekolah rendah memang aku minat tengok filem P.Ramlee. Siap pinjam video tape pak sedara aku(yang minat p.ramlee jugak),untuk bawak balik kat rumah.Padahal bukan ada video player pun. Tau mana aku bawak video tape tu..? Pi pasang kat umah mak sedara lagi satu..hahaha. 
Aku ingat lagi tiap kali pergi berziarah bapak sedara aku tu,first sekali aku buat bila sampai ialah pergi ke tempat rak video tape dia untuk pilih video tape P.Ramlee untuk suruh dia pasang.Dan dia pun dengan baik hatinya pasangkan untuk aku.

Kenapa aku suka P.Ramlee..? Sebab pada aku dia seorang yang genius dalam berfikir.Idea dan buah fikiran dia sangat bernas terutama dalam penulisan skrip filem yang berunsur komedi apatah lagi dalam genre serius. Dalam lawak pun dia boleh kenakan kita.Pada aku dia adalah pemikir agung yang mendahului zaman. Apa yang dikatakan dalam filemnya,sebenarnya banyak yang telah dan sedang terjadi pada masa kini.Antara sedar dan tidak,kata-katanya ada yang benar belaka.P.Ramlee secara pintarnya telah mempersembahkan perasaan hatinya,pendapat dan pandangan yang dirasakannya perlu dikatakan, di dalam filem-filem arahannya.

Ramai yang tidak sedar sebenarnya banyak karya P.Ramlee yang telah mendahului zaman dan mempunyai nilai-nilai masraykat seperti yang kerajaan kita sedang usahakan pada ketika ini.Banyak dialog-dialong filem P.Ramlee yang kadangkala menyentap emosi kita dan kadangkala ada yang terkena pada batang hidung sendiri.
Dialog-dialong spontan dalam filem P.Ramlee juga sering menjadi ikutan ramai suatu waktu dulu dan tak terkecuali pada zaman sekarang ni pun.Antara dialog yang paling aku suka ialah dialog dalam filem Seniman Bujang Lapok, Labu Labi dan 3 Abdul. DAN,walaupun dah beratus kali aku tengok tapi aku still mampu gelak lagi dan enjoy dengan filem tu..hahahhaa pelik tak.



Norkiah : mak minah, org sebelah tu keje ape..

Mak Minah : ala, yg keje ping pang pet pot tu..
Norkiah : ping pang pet pot? oo import eksport kot..
Mak Minah : ha..ping pang pet pot..

~ Filem Masam-masam manis