Wednesday, September 15, 2010

kejamkah aku..

masa ni tgh mendung..gelap kat luar walopun baru pukul 4.48 petang..tp bukan ini yang aku nak cerita.Aku nak cerita psal layennn hehehehe.Nak kata lagu mana taktau..tp aku rasa aku sedang mengalami dilemma yang sgt hebat.
Patut atau tak patutkah...? Perlu ka tak perlu..? Owhhh..confuse nya diriku.
Sebagai 'ketua',aku tau aku perlu bersikap tegas dalam menjalankan tanggungjawab.
Setiap arahan aku mesti di patuhi..MESTI. mesti dan harus dan wajib..

ramai kawan berkata..aku mesti bersikap tegas,jgn terlalu berlembut.Jika dulu arahan diberikan dalam suasana mesra dan ceria tp kini aku kena tegas sikit..bukan lah nak suruh jadi ibu singa,ckupla sekadar utk mereka memahami bahawa arahan itu adalah arahan yang sangt penting.Mesti diikuti.
Kalau dulu nada arahan adalah seperti "ada masa free tak..? nanti bila free tlg buatkan kerja ini/atau ini/atau ini.." tapi sekarang aku perlu bernada begini "tolong buat kerja ini/atau ini/atau ini..saya nak sekarang"...

Kejamkah aku..?

Bagaimana jika mereka masih mengingkar..? sapa harus dipersalahkan..? aku atau mereka..? aku yang tak pandai bagi arahan atau mereka yang terlalu dungu utk memahami arahan..?
Siapa yang harus dipersalahkan jika satu hari aku terpaksa mengambil jalan mudah membuang mereka dari perkerjaan.Kejamkah aku..? rasional atau tak tindakan aku.aku pun tak pasti..

No comments:

Post a Comment