Saturday, September 4, 2010

apakah..?



pernah tak kadang2 kita merasakan kita tak disenangi oleh ramai orang..?
pernah tak,tiba2..satu perasaan dtg menyusup dlm hati dan kata,ahh mmg depa tak suka aku.
pernah tak..? tak penah ka..? ikshh takkan la tak penah..hahahah.
awat aku penah..? dan selalu je rasa..? ni mgkin psl perception..aku rasa la.
adakah sbb aku suka bersangka buruk pada org..? ataupun adanya sifat rendah diri yang terlalu kuat..? maka nya..dengan otometiknya perasaan tu dtg bila kita ada 2 sifat di atas ni..
dengan tak semena-mena kita leh kata org tak suka kita..motip?
takkan nak org belai(motip belai?) dan layan kita 24 jam kan..matila tak bleh buat keja lain.kikikiki..

mungkin juga disebabkan oleh kurangnya self confidence so kita pun pkul rata yang semua org sebenarnya tak perlukan org2 seperti aku.
tp mmg diakui oleh Sirim pun bahawasanya self confidence aku mmg kurang,
dan walopun aku kelihatan agak keras dipandangan mata masyrakat(nohhh masyarakat),tp hakikatnya hati aku tetap Azwan Ali. hahahaha..
dan bahwasanya juga diakui..self confidence tu sgtla penting kerna jika takda self confidence,kita akan sentiasa merasa bahawa kita sgt kecil dan hina dimata semua org walopon secara hakikinya kita ni sebenarnya adalah manusia yang sebesar2 tong dram.
Sama sperti jika kita didalam satu team,smua anggota terdiri drpada lulusan2 Universiti of Cekodok,Universiti teknologi Ayam atau sebagainya sedangkan kita cuma lulusan SPM tu pun pangkat 2..bila tiba wktu mesyuarat atau discussion..mereka2 ini berbual sesama mereka mengenai kebolehan masing2 sedangkan kita hanya tercongok ditepi sudut meja terkebil2 sambil tersenyum memikirkan adakah mereka ini mahu tayang sama kita atau kita yg tak pandai nak join community mereka?
jadi mampukah kita menjoinkan diri dgn mereka2 ini jika kita tiada self confidence yg tinggi? pengalaman saja tak cukup bai kalo ko takde kebolehan untuk menonjolkan diri sampai tertonjol2. Kalo tak ckup self confidence,ko duduk la diam2 situ dgr org ckp.Tercongoklah kau disitu selamanya sperti patung cendana tanpa ada sekor manusia pun nak pedulikan kau.
jadi..Ko Mampo..? org kedah kata,kalo pandai 'hemoi' semua boleh aja.

Sedang elok org berbual2 psal ayam,kita tiba2 masuk campor ckp psl kambing..dengan confidence plak tu. tak ke pelik..

jadi sebelum aku merepek byk2 lg di subuh nan hening ni..baik aku out dulu.disebabkan nak minum ayaq tak boleh,jadi lebih baik aku tido.tido selepas subuh sgtla sedap..
chow.



No comments:

Post a Comment