Aku betul-betul takdak mood.Aku tau aku takdak mood bila aku takkan buat benda-benda yang selalu aku akan buat dan aku akan buat benda-benda yang aku jarang buat.Memang aku pelik,sebab itu aku tak kawin lagi sampai sekarang.Erkkk..ada kena mengena ke? tihtitihtih..
Mana mood aku hilang,aku taknak tau dan taknak amik tau..biarkan dia berpergian kemana saja dia suka sebab dia pun perlukan privacy.Mood pun ada mood jugak.Mengira cuti yang masih berbaki cuma tinggal beberapa hari sebelum menyambut tahun baru 2011..mana pun tak sempat pergi kecuali Penang itu hari.Dengan family..? belum lagi,mentelah gaji pun belum dapat..sorry,belum kira.Aku memang pelik,kan aku dah kata..gaji sendiri pun malas nak kira.Pelik la tuu..
Untuk berbelanja dan membayar hutang piutang(bunyi mcam banyak sangat),nanti aku kira kemudian.Hah..sebut pasal berbelanja,baju baru yang dibeli minggu lepas masih dalam bungkusan plastik tergantung saja disitu masih belum aku sentuh.Masa beli tergedik sungguh sampai meminjam dari kawan,bila dah dapat tak sentuh pun..ikshhh,memang takdak mood betul ni.Kalo tak,tak sempat sampai rumah ,aku dah try menerai sampai baju melekat dengan peluh aku.
Ini baru nak masuk kisah mencurah air didaun keladi,tadi baru mukadimah..pelik nih,panjang plak entri malam ni.Kisah keladi ni takla best sangat,cuma sayoq keladi saja yanag best lagi-lagi bila kena bulan puasa..Keladi tu yang dah jadi sayoq,tapi keladi hidup ni masalah la jugak pasai dia takmau serap ayaq. Puas cuba juruih ayaq pun dia dok meleleh keluaq.Aku nih dok juruih la juruih..dia dok macam tu gak tak basah2. Sabit tu kot pokok keladi selalu tumbuh dalam kawasan berayaq,pasai tak gaduh dah kita dok juruih-juruih macam pokok bunga.
Tukang juruih - dah lama dah dok juruih,keladi takmau basah-basah..dok kering camtu la. Ketegaq sungguh.
Daun keladi - tak payah juruih la,saya cekang dah..akaq dah ada ayaq..saya dah ckup disirami..tak perlu nak siram-siram dan juruih-juruih lagi.
Aku - whatever...
p/s : tak sabar menunggu 16/01/2011
Wednesday, December 29, 2010
Tuesday, December 28, 2010
Aku menulis bukan kerna nama
Betul..Bukan..bukan kerna nama atau kerna ingin menarik perhatian sesiapa.Aku menulis bilamana perasaan aku jadi kacau dan hati aku tak tenteram.Seperti sekarang ini..tak tenteram la ni.Kalo tenteram aku tak tulis der..aku sibuk buat menda-menda lain macam facebook ke makan ke tengok movie ke macam tu la.
Bila aku menulis,aku takkan fikirkan apa-apa selain dari diri aku dan subjek yang aku tulis..jadi jangan harapakan aku untuk menulis sesuatu yang boleh menjadi bahan ilmiah.Belum sampai masanya untuk aku menjadi seorang penasihat didalam blog,mungkin orang lain tapi tidak aku.
Dulu masa disekolah,aku suka menulis cerpen..ada seorang kawan ni aku namakan Z,(perempuan)..selain pandai menyanyi dia juga pandai menulis.Jadi setiap yang aku tulis aku beri padanya untuk komen. Maka setelah semua orang mengetahui,kami pun dipaksa masuk persatuan Bahasa Melayu dan dihantar masuk ke pertandingan mengarang dan berbalas pantun.Ohhh please..tapi kami menang,dan aku dapat piala. Kahkahkahkah..tah mana perginya piala tu sekarang ni.Maybe mak aku dah buat tenggalung kepala kucin itam yang selalu dok curi-curi makan nasik kucing putih aku.
Menulis perlu idea dari hati,bukan dari kepala.Itu kata aku,kata orang lain..? lantak korang la..

Sunday, December 26, 2010
Aku masih dara
Baru lepas selesai menonton cerita ni dengan kawan-kawan sebentar tadi..Reviewnya,..reviewnya..? ermmm,malas nak buat review sangat,sikit-sikit boleh la kot. Mula-mula nak tengok HAntu Kak Limah Balik Rumah,tapi ada yang dah tengok jadi kami menukar ke cerita Aku Masih Dara..dara ke..? opsss...hahahaha..
of kos laa..
Permulaan ok,not bad..sampai kat tengah-tengah..seperti kebiasaaan filem-filem dan drama melayu..pengarah dah kehabisan modal..bosan.Jalan cerita berkisar perkara yang sama dan dialog-dialog mudah dari pelakon yang memegang watak alim,Ashraf Muslim.(tapi dia mmg ensem). Tiada apa yang menarik dalam dialog "tarbiah" dari asraf,cuma ayat-ayat biasa yang selalu kita dengar dari ceramah-ceramah di tv atau dimasjid-masjid. Namun,cerita ini mungkin sesuai bagi remaja-remaja yang baru membesar dan baru nak kenal mana halal dan haram bolehlah menonton cerita ni sebagai pengajaran. Untuk yang dewasa,agak sukar rasanya untuk menembusi pemikiran mereka dengan skrip biasa seperti itu.Skrip yang sangat common..bagi aku la.
Tapi watak jahat yang di bawak oleh farid kamil memang menjadi..aku rasa dia ni memang bohjan kot sebelum jadi artis..macam biasa buat je semua benda-benda tu hahahaha.
Pelakon-pelakon wanitanya boleh tahan menjadi,pelakon yang idung besar tu sape ke nama dia..yang berlakon drama shampoo sunsilk tu,huihhh mengelitis betul dia tu.Memang stok-stok kaki clubbing la tu hehehehe..
tu ja kot aku nak ulas..cemuih laa. aku bukan reti sangat nak ulas-ulas...uli-uli aku reti laa hahahhaa.
tunggu je la cita hantu kak limah balik umah kuar kat mana-mana site,dah tak sabar nak sedut.hahaha
till then,chow...

Thursday, December 23, 2010
Zahir Tak Terucap
kebizian melanda lately sampai tak sempat nak update blog. Masuk-masuk dah penuh sawang engkauu..matilah ,bela labah-labah dalam blog.
Kebizian ini telah menduga diriku dan menjadikan aku sadarr tentang apa itu erti tanggungjawab dan pengorbanan.Di samping sempat bercuti seketika untuk melepas lelah,masih jua kekalutan menghambat ketika itu.Maka dengan perasaan sebal dan berbuku aku layankan jua,apa nak buat..dah namanya kerja.
Percutian keluarga! Cuma 2 hari 1 malam,dihadiri para family namun tanpa kehadiran adik beradik sendiri.Ehekk..perlukah dinamakan percutian keluarga sedangkan mana ada keluarga terdekat yang hadir sama.Bolehlah,sepupu sepapat pun dikira keluarga juga. Disaat bergembira terkenang juga alngkah indah jika kakak abang dan adik-adik ikut serta.Namun apakan daya tak cukup quota,maybe lain masa kita boleh bersama.
Seronok juga,walaupun ada beberapa perkara yang menggangu jiwa,tapi tak mahu mengusutkan minda dengan perkara-perkara biasa..aku layan je percutian ini dan habiskan dengan sempurna.Sebulann gaji dilaburkan,tunggu lah gaji bulan ni plak untuk makan.
Ok la kan dari takdak apa langsung,dari dok langaut saja kat opis sedangkan orang lain melahu entah kemana mana perginya. Sedikit ulasan,tempatnya menarik juga,sesuai untuk golongan pertengahan macam aku dan keluarga aku nih.Tak mahal sangat dan tak murah,cukup untuk berseronok dengan gaya hidup sederhana.Apartment yang sederhana besar namun viewnya cukup cantik.
dalam hatiku meronta-ronta untuk datang ke sini lagi bersama keluarga sendiri,mudah mudahan.ok,berhenti.
Kebizian ini telah menduga diriku dan menjadikan aku sadarr tentang apa itu erti tanggungjawab dan pengorbanan.Di samping sempat bercuti seketika untuk melepas lelah,masih jua kekalutan menghambat ketika itu.Maka dengan perasaan sebal dan berbuku aku layankan jua,apa nak buat..dah namanya kerja.
Percutian keluarga! Cuma 2 hari 1 malam,dihadiri para family namun tanpa kehadiran adik beradik sendiri.Ehekk..perlukah dinamakan percutian keluarga sedangkan mana ada keluarga terdekat yang hadir sama.Bolehlah,sepupu sepapat pun dikira keluarga juga. Disaat bergembira terkenang juga alngkah indah jika kakak abang dan adik-adik ikut serta.Namun apakan daya tak cukup quota,maybe lain masa kita boleh bersama.
Seronok juga,walaupun ada beberapa perkara yang menggangu jiwa,tapi tak mahu mengusutkan minda dengan perkara-perkara biasa..aku layan je percutian ini dan habiskan dengan sempurna.Sebulann gaji dilaburkan,tunggu lah gaji bulan ni plak untuk makan.
dalam hatiku meronta-ronta untuk datang ke sini lagi bersama keluarga sendiri,mudah mudahan.ok,berhenti.
Tuesday, December 14, 2010
Itu ini begitu begini
Kalo hampa minat majalah kartun humor,mesti hampa tau tajuk ni asainya mai dari tajuk salah sebuah kartun di Majalah Gila-Gila..itu ini begitu begini ni kartun tanpa dialog,cuma ada tunjuk pergerakan kartun yang ckup lawak.
Sesuai dengan tajuk..kisah itu ini begitu begini nih memang macam-macam.Macam-macam sangat sampai jadi pelik-pelik.Kepelikan yang sangat buat aku menyampah,bukan kategori humor lagi dah.Honestly,Tak larat nak handle lagi.Sesungguhnya aku mengharapkan semua ni berakhir dengan segera,secepat yang boleh. Kemudian,dengan rela hati,aku akan lepaskan semuanya pergi.Bina hidup yang baru.Bermula dari bawah pada usia yang semakin senja..Haahahahha.Atau mungkin aku dah ready untuk membina kehidupan baru bersama orang yang baru..? adakah...? Hahahaha..mungkin, no one knows.
Bercakap mengenai humor,ramai kawan kata aku mempunyai sifat humor yang tinggi.Ohh..I take it as a compliment.Sebenarnya aku lebih suka bersarkastik..orang Kedah kata camdik.Tapi dalam kategori melawak,sebab aku cukup takut kalau kata-kata aku boleh mengguris hati dan perasaan orang lain.
By the way,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.Biarpun kau lawak tahap din beramboi sekalipun,kalau sampai ketika ko ada masalah..memang takleh nak berlawak-lawak dah.Silap-silap ada yang makan kaki.
Jumaat ni ada gathering bersama family di Penang,aku akan pergi tapi dengan perasaan yang bercampur baur.Gembira sikit campur tension campur marah campur kecewa campur bosan campur sedih campur tekanan campur penat.Semuanya bercampur menjadi satu perkataan = Blur.
Semoga Penang memberikan satu pemulihan ke atas otak dan urat sarafku.

Monday, December 13, 2010
Take it or leave it...but i can't
Bila dah masuk ke fasa baru,tapak baru dan memakai 'pakaian baru',maka kepala dan hati pun terpaksa tukar baru.Inilah yang aku cari selama ni pun..? kan..? Atau aku pun tak pasti samada ini yang aku nak atau ini cuma nasib yang telah ditakdirkan ke atas diri aku. Untung sabut timbul untung batu tenggelam,mungkin aku ni dalam kategori sabut walaupun hakikatnya aku ni berat lebih daripada batu.
Tanggungjawab bukan susah nak pikul kalo kena caranya,kecuali kita yang suka mencipta berbagai alasan.Bila hati dah sayang,busuk macamana pun kita akan terima jua.So,take it or leave it..? Tapi aku tak mampu kedua dua nya.Bukan tak mampu,cuma tak yakin dan telah mengalah.
Berada dalam 3 pilihan berbeza adalah sangat menyukarkan.Manakan tidak,kalo 2 pun dah pening inikan pulak 3.Belum masuk yang lain-lain..Banyak yang perlu dipertimbangkan.Boleh mereng.Nasib ada minyak cap kapak HAHAHHAAHAHA.
Whatever it is, dah masuk masuk dah..nak tak nak kena teruskan juga...tengokla sampai mana nak tahan,gamak tak tahan...pandai-pandai la cari alternatif lain.
Saturday, December 4, 2010
Sukati lu orang la..
Memang cukup semak arini...dah la keja tak setel-setel,ditambah lagi dengan tempekan-tempekan masalah lain yg bukannya masalah kerja yang nak tumpang sekali menempek kat bahu aku. Dan yang nak menambahkan lagi sesak ,ada mangkor-mangkor yang tak sedar di untung yang tumpang sekaki memenuhkan kawasan-kawasan dalam serebrum kepala aku ni.
tapi memang cukup cilakoi la itu orang..ko dah susah,meh la aku nak tolong. Ehhhh dah tunjuk lagak plak..nak tunjuk timing yang ko tu tak perlukan pertolongan dari aku.Kata plak kat gua macam-macam.Wtf la dol...sebelum ni pun sapa yang tolong lu orang. Bukan gua jugak ke.Ini orang memang bikin gua panas hati..
Kalo ikutkan ati panas,gua pot tepi terus la masalah lu orang ni.Gua malas campur dah,bukan gua dapat pembalasan yg baik pun malah cacian yang gua dapat.
Tanpa segan silu gua ngaku gua hati baik..tak bleh tengok orang susah gua mesti nak tolong.Tapi dah banyak kali gua kena macam ni..dan yang paling pilu sekali,yang buat gua macam ni ialah sedara mara gua sendiri.
Tolonglah,jangan jadi orang yang bodoh sombong. DAh orang volunteer nak tolong,apa yang lu orang nak timing tinggi sat. Ukurlah baju kat badan sendiri. Kalo DAh badan lu orang kecik macam cicak yang lu orang pi ukur kat badan gajah tu apa pasal.Memang la terlebih muat.Perut kecik hati besar sangat laa...
Allah itu maha adil,sekejap je DIA dah tunjuk kesilapan lu orang pada gua.Gua tak sedih,sebab hati gua dah kebal..buatla apa lu orang nak buat,tapi bila susah..lu orang inagtlah pada Allah,jangan ingat pada gua sebab gua takkan tolong lu orang lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)