Saturday, October 29, 2011

Otstesen

Jumaat baru lepas aku kena transfer ke USJ Subang selama 5 hari untuk preparation Tender MOE..tender yang paling extreme penyediaannya pada perkiraan aku yang baru berjinak-jinak dlam bidang penyediaan dokumen projek nih.Cilakak,jawatn gua sekarang ialah Senior Eksekutif Projek! Nama jawatan punya class...tak padan dgn gua. Patut la rasa mcm bizi tak ingat dunia.

Hari pertama kat sana masih bleh rilek-rilek main FB..lepak-lepak chill je..masuk hari kedua aku dah start jadi tak keruan..kejap baring kejap duduk kejap berjalan..aku pening pikir camana nak siapkan semua benda ni sorang-sorang,ofismate aku task lain aku task lain..tender nak submit hari ke empat,hari ketiga dah jadi macam beruk masing-masing..tekejar-kejar.tak mandi tak makan...muka srabai,umah bersepah-sepah dengan dokumen hanya semata-mata nak siapkan dokumen sebelum pukul 12 tghari hari ke empat. Start pagi hari ke tiga hingga tghari hari ke empat,tiada aktiviti tidur yang berlaku..hasil dari minum redbull aku berjaya bertahan 24 jam tanpa tidur dan tender berjaya disubmit ke putrajaya walopun ada 2,3 ketol yang tak dapat submit. Ok lah dari takdak langsung katanya...kan.

hari kelima masa untuk berjimba...berjimba kat ikea je..subang parade.malas mau pegi jauh-jauh.Badan masih letih..

ni colleagues gua.

Lunch gua dengan menda nih je..jepun punya makanan.peghhh meloya tekak melayu aku.

Ni kat entrance..shopping giler...habis RM60 woooooooo hahahahahhaa. Bukan RM600,tapi RM60 jah.



part paling sadis..hari nak balik,hari Deepavali tu.keta breakdown kat RnR bukit merah.


Haritu gua sambut deepavali dengan penuh perasaan bebai..

Thursday, September 22, 2011

from IT to Petani

Semalam mak kata,jom balik kg..usahakan tanah.

aku : cek takmau lg..bagi masa 2,3 tahun lagi.Bila dah tak larat makan gaji.

mak : hg tau ka aku nak mati bila..?

aku : (sentapsss...)

teruih jalan pelan2 masuk bilik dan bukak fb..

arghhh...bersediakah aku untuk memegang cangkul dan mengendeng bakul penuh sayur sayuran..tanpa internet? tanpa panggung wayang? tanpa bunyi kenderann pi mai p mai...dan tanpa,supermarkettttttttt..takkan nak p pasaraya pokok sena ja tiap2 bulan. ohhhh my...



Sometimes i adore the peaceful,greenery dan beautiful scenery


Sometimes i scared!!! mak aiii...


ini pun bagus,tapi yang bawah ni..?

owhh plzz...


macam haramm...
hahahahahah...



nanti mak..cek pikiaq dulu. 

Wednesday, September 21, 2011

Sesak (18sx)

Aku jarang takdak duit..selalunya kalo sesak pun cuma dalam beg, yakni bila buka-buka,tak nampak apa.Biru takdak,hijau takdak,merah takdak..ungu lagi la. Erkkk ada ka duit kaler ungu? matila propaa..
Walaupun namanya "sesak" tapi mai kot mana tatau dalam beg jadi kosong..? patutnya,jenuh la duit dalam tu.dah nama sesak mestila padat kan,sesuai dengan maksud nya..sesak=padat,ramai. Hhahaha..sungguh pandai org melayu menukaq nukaq bahasa tanpa menyelidik terlebih dahulu.
Berbalik kepada sesak,tengah-tengah bulan normal la kocek kosong..tapi usah khawatir..jolok ja kad tang dinding besi tu sure la keluaq 2,3 keping. Masaelahh nya la ni...hat nak dijolok pun takdak..(matila bahasa lucah.) hahahaha...
Bila dah takdak apa untuk dijolok,nak kuaq menatang apanya..?? EEEEeeee...geli aihh.

Tapi bila difikirkan semula..setelah berteleku selama 8 minit,aku ingat semua ini kadang-kadang perlu. Bukan untuk apa,cuma untuk menguji sejauh mana iman dan kesabaran kita.Selama mana kita mampu bersabar dengan ujian yang Dia berikan..dok biasa senang sikit tiba-tiba susah sat,takkan kita nak meloncat dah. Mungkin ni hanya untuk sementara waktu..esok lusa,ada rezeki lain yang mai jengoi kot tepi ka atas ka bawah ka..sapa tau.

Monday, September 19, 2011

Merdeka di Pantai Merdeka

3 hari cuti, sempena hari Malaysia..ka hari kebangsaan apa tah.tatau,orang bagi aku cuti,aku cuti ja la.selama tu ,aku abihkan masa dengan makan,makan dan makan lagi sehingga habis makanan di dapoq.
hari mola-mola cuti member-member tanya aku "kak,nak p pantai merdeka dak? jalan-jalan Pantai Merdeka.." since dah 7,8 tahun dah aku tak penah jejak pantai merdeka,aku dengan sebulat suara kata Yes,aku nak pi.  Saja nak jalan2 amik gambaq..


Merdeka nya depa mandi..bukan pantai merdeka orang kata takleh mandi ka? Hehehe...ka dulu ja? lani bleh dah..? Banyak obor2 ka menatang apa hat gatai badan tu.Whatever...

Last aku mai sini,dah 7,8 tahun lepas..tak ingat sangat. My lovely cousin,Yati,was brings me here..with her late Mom..my maklong. Masa tu Faiz kecik lagi..itu la last yang aku mai sini. La ni banyak dah berubah..ada chalet,ada tu ada ni ada macam-macam,which is bagus la utk bagi meriah. Cuma nya yang aku meluat,kenapa mesti ada ramai mat rempit.Tempat lawa-lawa pun kalo masuk ja mat rempit,hancing teruih tempat tu.


aku suka pantai,tapi tak suka mandi pantai.




steady la adik ni layan wau sambil baring

Baideway,seronok juga sampai sini..walopun duduk sejam ja..nak mai punya la jauh tapi dok sejam ja? merasala sakit pungkoq habih kann...hahahha. Taktau bila lagi nak mai sini...Tokey Kedai Warisan bleh kot bawak p makan mee udang plak kat Pulau Sayak. Hehehehehehe..

nak tidoq dah esok keja..ok bye.

Friday, September 9, 2011

Sudah lamaaa...

sudah lama tidak ke ladang,tinggilah rumput darilah padi...sudah lah lama tidak berbelog,dari dulu sampai la ni tak tingi-tinggi.harharharr.

dah malas nak post entry..lebih suka post gambar daripada post karangan hahaha.

so dengan rasa malas,aku letak je gambar...

raya..syok dengan keletah budak2 je..comel je mereka berbaju kurung dan berbaju melayu. teringat masa kecik2 dulu..

Darwish Iman - Anak Sedara Sepupu

 Aleesya Maisarah - Anak sedaraku

Mohd Iyyaz Eusoff - Anak Sedara ku jua..


Hari Raya takkan berseri tanpa mereka2 si comel ini...hehehehehe. Duit raya kuaq lebih sikit takpa,janji puas hati dapat kumpul semua anak2 sedara.

Saturday, July 30, 2011

Succeed

Kadang-kadang aku selalu tanya diri aku,apa sebenarnya yang aku nak capai dalam hidup aku ni? So ada la 2,3 perkara yang aku fikir relevan untuk aku capai dan boleh aku capai,tapi sampai arini tak capai-capai.Bukan sebab ketinggian aku tak berapa cukup tapi sebab ketinggian kedudukan "objek" itu terlalu tinggi sangat. So aku abaikan beberapa perkara yang aku dah rasakan "failed to succeed".

Aku jenis yang cepat putus asa,aku mengaku yang tu.Bila failed aku terus down dan malas nak cuba lagi.Tapi sejak beberapa tahun ni aku rasa aku sudah bertukar menjadi seorang yang berani untuk gagal. Tapi bukan untuk semua perkara,ada certain--certain benda yang aku suka saja hahaha. Bias!

Aku pernah kata kat kawan aku,alangkah bestnya kalo boleh jadi mcm J.K Rowling,author of the Harry Potter books . Buat buku cerita yang tah apa-apa (bagi aku la) boleh kaya melana. Aku rasa kedua terkaya di UK selepas Queen depa. Aku boleh tulih cerita gak..cerita pasai jiran sebelah bergaduh laki bini,cerita pasai orang bekelai berebut marka..hahahaha. mcm-macam aku buleh tulih..tapi aku rasa takdak sapa nak beli pun buku tu hahahah. Tapi why not,kan..? Failing is trying,without trying we never have a shot at succeeding. Dare to fail katanya..
Aku tulih ni bukan sebab apa...tapi sebab tadi aku tengok dalam purse aku duit tggai sikit ja...dan-dan aku rasa nak bakar semangat sikit hahahhaa.But,the message is very clear, if u've never failed,u've never lived.


Friday, July 29, 2011

1 malaysia

Walawehh..sudah dekat 3 bulan belog ini bersarang dengan labah-labah,tikuih,anai-anai dan segala makneka jenih menatang lagi,barulah arini aku rasa nak update. Tu pun sebab boring takdak dah tatau apa nak buat.
Kesibukan melanda sejak 3 bulan kebelakangan ini pabila aku dihadapkan ke satu projek oleh company..projek bagi netbook sempena nak mengundi. Atau dalam bahasa bukunya..projek Netbook 1 malaysia,rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan,katanya laa.

PEnat weh, mola2 dikatakan aku jaga documentation saja.Katanya laa..last2 dengan aku2 sekali kena mengangkut segala bagai kotak-kotak pi sana sini..alah,tak banyak mana. Stok 30k unit ja..wkaakakaka. Kalo bagi Arnold Swazeneger handle pun dia bebai.Hahahahahha!

Aku dari dulu kalo boleh cuba takmo nak sembang sangat bab politik ni kat mana-mana acara pun samada di blog ka di fb ka di mana-mana saja berada pun.Pasaipa aku tak minat sangat,satgi salah cakap buat malu kat orang ja tp harini aku nak kata,sampai tera tu depa nak beli hati rakyat. Bagi netbook kat budak-budak sekolah yang katanya boleh meningkatkan kesedaran IT. yo lahh...pada aku,baik duit tu hampa buat menatang lain,tolong orang miskin buat umah kos rendah ka,bagi modal berniaga ka.

sebutir netbook cost about RM1k..so how many RM they spend for 30k Unit of netbook.Itu baru utk Kedah Perlis dan Penang. Negeri-negeri lain? uhuhuhuhu..sangat sayang duit itu dilaburkan semata-mata untuk keperluan yang tidak asas,bagi aku la. Asas apalah sangat kalau takat bagi netbook kat budak-budak sekolah main game kat FB. Nak percaya depa pakai netbook tu buat kerja sekolah..? toksah dok muhong!

Alhamdulillah fasa kedua projek ni dah nak abis,lepas raya ada fasa 3! Harap-harap baju raya aku hat lama-lama bleh muat tahun nih! kuikuikui