Aku selalu lapar,opsss...sori,salam blog.Dah lama tak masuk update,rasa macam dah nak ingat-ingat lupa dah yang aku ni ada blog.Bizi nih...bizi sampai takdan nak makan.Ok aku sambung balik,aku selalu lapar bila takde keje nak buat.Macam harini,lapar gila nih.Sebab mood cuti nak mai dah,pastu keja plak dah abis takde apa nak buat lagi.So mengikut perancangan,harini ada lunch dengan adik-adik angkat aku.Satlagi pukul 1.Ermm ok,seminit lagi pkul 1 dan aku masiih dok update blog. hahhaha..
Januari dah nak berakhir,semangat dan azam baru pun berjalan mengikut masa dan perancangan.Harapnya berjalan baik hingga akhir tahun.Namun masalah kerja masih menghantui..sales sales sales,mana nak cari sales.
Percutian bersama keluarga besar MCT group bulan lalu memang memberikan aku berbagai perasaan.Gembira,happy erkk sama je la..,malu,sedih,takut heeehehhe.Kenapa? ada la..
Happy sebab aku dapat kenal-kenal dengan lebih rapat lagi dengan sesentengah staff yang aku blom penah rapat sebelum ni..best. Sedih sebab ada yang aku ingat ok rupanya tak ok pun,yang aku ingat tak ok,rupanya sangat2 ok.Takpa la masing-maisng punya perangai masing-masing..macam kita-kita jugak.Kita berhak judge orang dan orang pun berhak judge kita melalui pandangan mereka.
Cumanya aku agak meluat dengan manusia yang suka mengamalkan double standard.Tak kira la ko tua ke muda,mengapakah perlu ada double standard dalam pergaulan? Secara jelas dan nyata benda tu yang buat ak u sedih sikit.Sikit je la,sebenarnya tak kisah sgt pun cuma kadang-kadang bila sesekali bertemu dan terfikir,terasa jua di sudut ruang hati kecilku ini.ahaks..
aku lebih senang menjadii diri sendiri dalam banyak situasi, kecuali jika perlu berada dalam satu-satu situasi yang memerlukan aku menjadi sedikit orang lain.Hahahaha..boleh camtu? Of kos la aku tak cantik,gempal,pendek,hitam,bukan lulusan Universiti jadah ape ke..jadi dengan sebab itu aku perlu menjadi orang lain yang bukan diri sendiri untuk membuatkan mereka tidak bersikap double standard.Hipokrit sebebntar la jadinya..ya lah untuk mengelakkan dari dikatakan bodoh sombong ataupun buruk sombong(matilaa ada ke perkataan tu).Saya tidak sombong ,cuma saya pemalu dengan orang yang lebih hebat dari saya. saya akui mereka semua hebat :).
Susah untuk memahamkan orang yang walaupun dah lama 'kenal' kita tapi masih belum 'memahami' kita sepenuhnya.ok,saya masih ada perasaan rendah diri. lantak la situ..
Entri ini disambung pada sebelah malam ataupun lebih tepat lagi pagi-pagi buta dimana semua semua orang sudah melayan bantal di atas tilam.Tengahari tadi memang pegi lunch,tapi tak lunch pun..order makanan tak sampai-sampai,jadi aku bawak hati yang merajuk pegi makan mee kari kt tempat lain.Mencikkk...
Adakah makcik yg menjual nasik goreng ayam itu jugak mengamalkan double standard? Orang lain order dapat jer..Hmmmmmmmm