Sunday, July 29, 2012

Dalam Keterpaksaan

AKU paling tak suka pabila terpaksa buat keputusan. Susah sangat,sebab aku jenis yang biasanya redah saja apa yang aku rasa boleh carry on..Aku tak suka memilih di antara salah satu atau dalam maksud lain terpaksa membuat pilihan satu antara dua.
Tapi dalam hal yang SATU ni sebenarnya aku tak diberi pilihan pun,cuma nya aku sendiri yang memaksa diri untuk membuat pilihan di antara berlari terus atau berhenti. Kadangkala aku rasa aku terlalu emosional dan terlalu terbawa-bawa,kemudian rasa tu bertukar menjadi rasional bila aku fikirkan yang sampai bila aku harus menerima cacian dan makian setiap kali ada masalah yang berlaku.

Susah sangat bila ada yang merasakan diri mereka terlalu perfect hinggakan tiada langsung kesalahan,yang ada cuma salah pada orang lain. Jadi aku rasakan sebelum perasaan hormat menjadi benci lebih baik aku tamatkan disini saja. Cudah cudah cukup cudah..ckup campai di cini caaaja..bak kata Alesya anak sedara aku time ikut lagu kumpulan apa kenama dlm radio tu..ohh baby u r so cute..hahahah.

Pada aku,keputusan sebenarnya dah ada sejak dari lama dulu . Cuma yang aku takdak adalah,kekuatan untuk melafazkannya. Aku sebenarnya seperti sudah berada di dalam lohong yang gelap..yang dah sedia ada sejak lama dulu.Aku dah terperangkap di dalamnya tanpa boleh mencari jalan keluar..semakin lama aku rasa semakin dalam, rasa hampir tertimbus..


aku harap Tuahan dapat beri aku kekuatan..sekurang kurangnya untuk jadi lebih berani.


"If you're already in a hole, it is no use to continue digging."

Demm

salam ramadhan..
aku puasa..aku tau orang pun puasa..so bila sama-sama puasa maka nya,kena lah sama-sama kita hormat satu sama lain. Bulan-bulan puasa ni ramai yang mudah naik angin..yang mana sepatutnya tak boleh di lakukan di bulan puasa selain dari menahan lapar dahaga dan nafsu2 lain yang berkaitan.

Aku benci kalau orang menuduh tanpa usul periksa dan naik angin tanpa sebab munasabah..serius aku benci.
Aku tau kau orang puasa..jadi aku tak puasa kah? tak boleh ka tahan sabaq bulan-bulan puasa ni..jangan perangai nazi korang tu nak di bawak dari bulan2 syaaban ke apa sampai ke bulan ramadan ni..setan sgt.

pegi jahanam lah lu orang yg sentiasa rasa lu orang betol dan orang lain sentiasa salah..
tengok,aku pun dah ilang sabar..dah naik angin tpi takpa laa sebab dah lepas waktu berbuka..


muahahaha..

Friday, July 20, 2012

pasrah

malam ni,actullay pagi ni..aku tak bopa nak bleh tidor..macam-macam benda aku buat,baca mag,baca novel hat dah 10 kali aku khatam,baca kitab,baca doa..semua aku baca..takleh lena gak. mungkin dah sampai masa kena ada teman tidoq kot...opssssssssssssssssss. hahahah..
bukan tu yang aku nak cita..

aku sejak pakai brodband ni memang susah nak tido walaupun seawal pukul 1..habis awal pukul 1.30 atau pukul 2. Aku takut satu hari aku akan mati sebelum waktunya uhuhuhuh..kena high blood pressure? mungkin..takutt sgt.Aku rasa bosan sangat kalo nak tido awal..mak aku pulak,pukul 10mlm dah tarik selimut..gigih sangat mak aku,waktu hangat malam-malam pun pakai selimut. Sedang aku,masih dok melewaq lewaq di alam maya..fasbuk,forum,youtube..mcm tak ada hari.
Even aku tau semua tu lagho semata..tapi biasa lah manusia forever alone cam aku ni..apa lagi nak buat kalo tak semua tu..bukan la takdak benda berfaedah lain yang aku buat,ada jugak tp most of the time, benda lagho tu jugak la.kuikuikui..

arini,hari paling sibuk dan stress di pejabat..sebab tinggal aku sorang..2 org mc 2 org kerja luar,so aku bertenggek di ofis berduan dengan bos..haishh,boss pompuan okeh. rugila...errkk. hahahahhaa..
actually ada 2,3 benda mengganggu fikiran..susah nak cakap. Bila ia bersangkutan dengan hal-hal hati dan perasaan..aku rasa aku dah buat salah? tp salah apa..? aku pun tak sure...semuanya kemungkinan yang bermain2 kat fikiran aja,ntah btol ntah tak.pasrah jua lah aku..

ok,aku rasa mcm dizzy,pening2..mamai2...so aku kena tido dah. chow..


Wednesday, July 18, 2012

haishhh

dia mai dahh dia mai dah..hahahha..arini free skit serasa mahu menulis sesuatu disini.
tapi sat..dah lupa plak apa nak tulih tak sat ni..aku ni kadang-kadang gila jugak..mental disorder.hahaha..ikshh mintak simpang lahh.
kdg-kdg dalam otak aku ni rasa macam-macam nak tulis..macam-macam nak cerita tapi bila sampai ke petak putih ni aku jadi blur..adakah sebab warna petak ni mempengaruhi otak aku untuk menjadi blur. cer tukar pi kaler len tgk...hehehe. bukan ini yang aku nak tulis sebenarnya...rasa tu ada,tp jiwa tu takmo sampai..hahaha.
Posa dah nak dekat..tak brapa hari lagi dah...posa lama pun tak habis ganti lagi mana yang terkantoi dengan sengaja atau tak sengaja tu..ganti tetap ganti,tp bila..? biar masa menentukannya hahaha..
harapan aku besar pada bulan ramadhan yang bakal menjelma nih..banyak sgt,serperti tahun- tahun yang sebelumnya jugak la. selain buat amal ibadat dan penuhkan iman didada..misi wajib tiap kali ialah...

menguruihkan badan especially perut...!!!  hahahahha

aku dah tak sanggup lagi nak cari baju besar..penattt. mahaii!!


hahahaa

k bai..boss pnggil

Thursday, June 28, 2012

jin jan ju on

pagi2 aku selalu layan Tv Alhijrah sebelum pegi keja..tak pecaya? nampak ja aku mcm ganas takdak tujuan hidup,tapi makanan rohani aku selalu terisi jua kadangkala..cuma nak apply bagi jadi tu ja kadang2 tak mau nak jadi..yakni solat 5 waktu penuh,bersopan santun dan bertertib lendit sebagainya..

berbalik kepada cerita tv alhijrah, aku teringat diskusi pagi bila ntah yg bertajuk "jangan tanya siapa,tapi apa.." maksudnya, bila trjadi sesuatu perkara jangan selalu cari salah siapa...tapi cari apa puncanya.
dalam komuniti aku selalu terjadi benda ni..bila jadi apa-apa,selalu ramai yang akan dipersalahkan..kesian sgt. dah jadi macam satu kemestian..jangan cuba nak buat silly mistake..kelak kau akan dipersalahkan. dari satu sudut memangla nampak macam ada kesan positif jugak...yakni supaya mengajar orang untuk tidak selalu membuat silap..tapi nama pun manusia,khilaf tu biasa lah. mana ada yang sempurna..cliche la skit bunyi tapi itu harus kita terima.

Bab ni aku selalu kena..aku ni,entahla..kadang2 rasa mcm dah bosankah hidup? Aku rasa dah beri yang terbaik,tapi ada saja yang tak kena..memang aku akui ada saja yang aku buat tak kena..aku pun tatau pasaipa dengan aku. Mak kata ada jin dlm badan..pi buang saka la! dan sbb tu lambat kawin la blablablabla...miahahaha..terus aku tukar topik, - anak kak yah dok flat tgkat 8 kena tangkap pasai isap dadah (contohnya).

Kadang-kadang aku rasa useless sangat bila aku tak dapat bantu capai apa-apa yang contohnya company aku hajati..macam,bodoh gila aku ni..patutla aku tak masuk U atau patutla aku asik dok tang situ saja.
Tapi aku rasa aku tak bodoh atau sedungu itu....cuma,taktaulah sebab apa..mungkin btoi kata mak..ada jin dalam badan. hahahahha..patutla badan besaq gila tak kuruih2 walopun makan skit jah...mencikk sgt. syohhh2 jin pi main jauh2...


Wednesday, June 27, 2012

amboihh

amboih header picture...ala2 muka mengandungi cahaya nur keimanan gituh katanyaa...
ni semua cik kecik punya kerjatangan...konon2 comey sgt la tuhh. mcm setazah jah aku tengok hahaha..
lama tak masuk sini update..banyak sebab

1. bz gila sejak masuk kerja dgn bini bos
2. meja tepi meja bos, so takleh bukak benda len selain dari system akaun/excel atau apa2 jadah selain dr itu
3. idea tak mo mari
4. masa tak ckup..la ni bgn2 pegi keja  balik keja mandi,makan tgk tv tgk2 dah kena tidoq sebab dah lewat.
5. takdak ramai follower..a.k.a tak hot haahahahaha

tengok la pasni kalo ada masa sikit2 bleh la update..sebnarnya ada jugak benda nak tulis tapi x larat menaip dan tak dak banyak masa..maklum la CEO. mihahahaa..
dulu selalu menulis/update bila jiwa kacau..adakah ini bermakna skrang ni jiwa aku dah tak kacau...dak kot,lagi tambah kacau rasanya hahaha.


Tuesday, June 26, 2012

lama aihh

lama gila tak update....
tunggu 2,3 hari lagi ada mood mari..baru update. ghehhehehehe